Nik Abduh nafi positif Covid-19, Zahid enggan komen, Noor Hisham ‘masih belum terima maklumat penuh’

Ketika ditanya adakah keputusan ujian Covid-19 dirinya negatif, Nik Abduh mengiyakan dan menafikan laporan dirinya adalah seorang daripada Ahli Parlimen yang positif Covid-19. Sumber (gambar): FMT

نئ ابدوه نافي ڤوسيتيف چوۏيد-19، زاهيد اڠڬن كومين، نور هشام ءماسيه بلوم تريما معلومت ڤنوهء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dia antara Ahli Parlimen yang didapati positif Covid-19.

Beliau berkata, keputusan ‘swab test’ terhadapnya sudah diperoleh dan ia didapati negatif Covid-19.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan positif Covid-19 pula enggan mengulas mengenainya ketika dihubungi. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat penuh berkaitan perkara itu.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dia antara Ahli Parlimen yang didapati positif Covid-19.

Beliau berkata, keputusan ‘swab test’ terhadapnya sudah diperoleh dan ia didapati negatif Covid-19.




“Pagi tadi memang ada kesangsian tetapi sekarang sudah ok,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ketika ditanya adakah keputusan ujian Covid-19 dirinya negatif, beliau mengiyakan dan menafikan laporan dirinya adalah seorang daripada Ahli Parlimen yang positif Covid-19.

Hari ini media melaporkan tiga Ahli Parlimen didapati positif Covid-19, sementara empat lagi menjadi kontak rapat dalam ujian saringan dijalankan semalam.

Ketujuh-tujuh mereka kini sedang menjalani kuarantin dan tujuh Ahli Parlimen terbabit daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan positif Covid-19 pula enggan mengulas mengenainya ketika dihubungi.

Pegawai Komunikasi Strategik kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Muhammad Afiq Mohd Hanif mengesahkan Datuk Rashid Hasnon dan pegawainya negatif Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat penuh berkaitan perkara itu.

Loading...

Sidang Khas Parlimen dijadualkan berlangsung pada Isnin ini dengan 220 Ahli Parlimen menyatakan komitmen untuk hadir, selain selesai menjalani ujian calitan.

Seramai 72 pengamal media dibenarkan membuat liputan di bangunan Parlimen dengan persidangan boleh diikuti menerusi Youtube serta aplikasi Zoom.

Sumber:

WAJIB BACA:

Syed Saddiq’s case may embolden Members of Parliament to turn against Muhyiddin this month end



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...