Nik Abduh ‘puji’ dasar kerajaan pimpinan Mahathir kurangkan jumlah cabutan khas nombor ramalan

Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz. Sumber (gambar): Fail TTF

نئ ابدوه ءڤوجيء داسر كراجأن ڤاكتن هارڤن كورڠكن جومله چابوتن خاص نومبور رامالن

Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz dilihat ‘memuji’ dasar kerajaan Pakatan Harapan (pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad) mengurangkan jumlah cabutan khas nombor ramalan dalam setahun.

Dalam hantarannya di Facebook, Nik Abduh berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sepatutnya mengekalkan keputusan pentadbiran Pakatan Harapan daripada kembali menambah kekerapan kepada 22 cabutan.

Isnin lalu (20hb September), Menteri Kewanan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan peningkatan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Peningkatan ini dianggap oleh Nik Abduh sebagai “langkah ke belakang” daripada keputusan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan untuk menurunkan kekerapan cabutan khas kepada 11 kali pada 2019 dan lapan kali saja pada 2020.

Kekerapan cabutan dikembalikan kepada 22 kali selepas kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang turut dianggotai PAS mengambil alih tampuk kepimpinan negara.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz dilihat ‘memuji’ dasar kerajaan Pakatan Harapan (pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad) mengurangkan jumlah cabutan khas nombor ramalan dalam setahun.

Dalam hantarannya di Facebook, Nik Abduh berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sepatutnya mengekalkan keputusan pentadbiran Pakatan Harapan daripada kembali menambah kekerapan kepada 22 cabutan.




“PAS telah menyatakan komitmen tegas untuk menghapuskan semua industri dosa dan ekonomi gelap dalam negara…Ia nyata bukan jalan yang benar, bahkan mampu merosakkan ekonomi negara dan menjauhkan negara daripada memperolehi keberkatan Allah.

“Justeru tindakan terdahulu Kerajaan PH yang telah mengurangkan jumlahnya sebelum ini adalah betul dan amat wajar diberi pujian dan kredit.

“Sewajarnya kerajaan hari ini mengekalkan keputusan tersebut, malah terus menggerakkan segala usaha yang positif dan proaktif ke arah menjauhkan rakyat daripada terus bergantung dan terjebak ke dalam aktiviti buruk tersebut,” katanya.

Isnin lalu (20hb September), Menteri Kewanan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan peningkatan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Peningkatan ini dianggap oleh Nik Abduh sebagai “langkah ke belakang” daripada keputusan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan untuk menurunkan kekerapan cabutan khas kepada 11 kali pada 2019 dan lapan kali saja pada 2020.

Kekerapan cabutan dikembalikan kepada 22 kali selepas kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang turut dianggotai PAS mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...