‘Noh Omar, Azeez, Bung Moktar, sabarlah korang menunggu…Perikatan Nasional boleh tumbang bila-bila…’

Khairuddin berkata, beliau hendak lihat sejauh mana ‘loyar buruk’ bebrapa pemimpin UMNO akan pergi. Sumber (gambar): Fail TTF

نوه عمر، ازيايز، بوڠ موكتر، صبرله كورڠ منوڠڬو…ڤريكتن ناسيونل بوليه تومبڠ بيلا-بيلا…ء

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memberi amaran kepada Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Bung Moktar agar “sabar menunggu” sehingga Perikatan Nasional tumbang.

Amaran Khairuddin susulan serangan Azeez, Noh dan Bung di sesi pertama sidang parlimen yang bermula 13hb Mei lalu di mana ketiga-tiga mereka bangun mencelah ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyampaikan hujah menentang usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat.

“Azeez Rahim, Noh Omar, Bung Moktar dan beberapa penyangak lagi jangan terlalu cepat ‘syok sendiri’, kerana sikap ‘syok sendiri’ ini akan membawa ‘padah’ pada diri sendiri.

“Akhirkata, rakyat dan saya tidak akan lupa dengan sikap kurang ajar mereka pada Tun Dr Mahathir Mohamad di sesi perbahasan hari pertama persidangan parlimen penggal ini.

“Sabarlah menunggu…!!”


PETALING JAYA: Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memberi amaran kepada Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Bung Moktar agar “sabar menunggu” sehingga Perikatan Nasional tumbang.

Amaran Khairuddin susulan serangan Azeez, Noh dan Bung di sesi pertama sidang parlimen yang bermula 13hb Mei lalu di mana ketiga-tiga mereka bangun mencelah ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyampaikan hujah menentang usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat.




“Inilah kualiti ahli-ahli parlimen UMNO yang angkuh serta tidak pernah belajar dari kesalahan silam.

“Kini, pemimpin-pemimpin bermasalah yang sendirinya menghadapi pelbagai tuduhan jenayah di mahkamah mampu membuli Perdana Menteri yang terpaksa tunduk serta akur pada kehendak mereka.

“Atas sebab inilah semua pemimpin-pemimpin bermasalah ini sudah mula nampak bersikap ‘samseng’,” katanya.

Mengulangi pendiriannya bahawa pemimpin-pemimpin sedemikian merupakan “kelptokrat” zaman pentadbiran Barisan Nasional, Khairuddin berkata, beliau hendak lihat sejauh mana ‘loyar buruk’ mereka akan pergi.

“Mereka jangan terlalu kurang ajar kerana pada hakikatnya keadaan kerajaan PN ini masih lagi ‘nyawa-nyawa ikan’.

“Jangan ingat kedudukan PN serta umno terlalu kuat kini. Pada realitinya, PN boleh tumbang pada bila-bila masa. Keadaan mereka terlalu ‘rapuh’ sekarang.

“Azeez Rahim, Noh Omar, Bung Moktar dan beberapa penyangak lagi jangan terlalu cepat ‘syok sendiri’, kerana sikap ‘syok sendiri’ ini akan membawa ‘padah’ pada diri sendiri.

Loading...

“Akhirkata, rakyat dan saya tidak akan lupa dengan sikap kurang ajar mereka pada Tun Dr Mahathir Mohamad di sesi perbahasan hari pertama persidangan parlimen penggal ini.

“Sabarlah menunggu…!!”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...