Noh Omar beri bayangan tidak mustahil Belanjawan 2021 ditolak

Menurut Noh Omar, kedudukan parti yang tidak menguasai kerajaan membuatkan ahli-ahli Parlimen kerajaan bebas menentukan sama ada menyokong atau tidak. Sumber (gambar): Fail TTF

وه عمر بري بايڠن تيدق مستحيل بلنجاوان 2021 دتولق

Tan Sri Noh Omar memberi gambaran tidak mustahil ada ahli-ahli parlimen dari UMNO akan menolak Belanjawan 2021 apabila rang undang-undang perbekalan itu diundi esok.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, banyak perkara yang membuatkan Belanjawan 2021, yang juga belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN), sukar diramal akan diluluskan atau tidak.

Menjawab sama ada akan menyokong atau tidak belanjawan 2021, Noh menjelaskan ramai anggota Dewan Rakyat dari UMNO mengambil sikap tunggu dan lihat.

Ini kerana, mereka perlu melihat apakah menteri-menteri terutama Menteri Kewangan akan memberikan sesuatu yang dimahukan oleh rakyat.

Kenyataan Noh sejajar dengan dakwaan TTF bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak diendahkan langsung oleh majoriti ahli parlimen dari UMNO yang bertekad buat keputusan sendiri bila tiba masanya.


PETALING JAYA: Tan Sri Noh Omar memberi gambaran tidak mustahil ada ahli-ahli parlimen dari UMNO akan menolak Belanjawan 2021 apabila rang undang-undang perbekalan itu diundi esok.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, banyak perkara yang membuatkan Belanjawan 2021, yang juga belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN), sukar diramal akan diluluskan atau tidak.




Menurutnya, kedudukan parti yang tidak menguasai kerajaan membuatkan ahli-ahli Parlimen kerajaan bebas menentukan sama ada menyokong atau tidak.

“Bila kerajaan ini ditubuhkan, kita buat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional adalah gabungan ahli-ahli Parlimen yang mana ia tidak mewakili parti.

“Jadi sebab itu hari ini bila kata parti menguasai kerajaan tidak tepat.

“Maka bila parti tidak menguasai kerajaan, maka ahli-ahli Parlimen mempunyai pandangan tersendiri; bila ada pandangan sendiri itu yang sukar,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Menjawab sama ada akan menyokong atau tidak belanjawan 2021, Noh menjelaskan ramai anggota Dewan Rakyat dari UMNO mengambil sikap tunggu dan lihat.

Ini kerana, mereka perlu melihat apakah menteri-menteri terutama Menteri Kewangan akan memberikan sesuatu yang dimahukan oleh rakyat.

“Kalau kita dengar esok jawapan Menteri Kewangan itu boleh menyakinkan kita dan boleh memberikan kebaikan kepada rakyat, kenapa tidak kita sokong.

Loading...

“Tetapi kalau kita dengar jawapan-jawapan menteri yang mana tidak seperti yang rakyat mahu, kalau kita sokong nanti rakyat marah kita pula. Jadi (kita) wait and see,” katanya lagi.

Kenyataan Noh sejajar dengan dakwaan TTF bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak diendahkan langsung oleh majoriti ahli parlimen dari UMNO yang bertekad buat keputusan sendiri bila tiba masanya.

Justeru, kenyataan Zahid tempoh hari kononnya kesemua 42 ahli parlimen dari Barisan Nasional akan sokong Belanjawan 2021 adalah kenyataan “syok sendiri” yang tidak mewakili langsung majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO.

Sabtu lalu, saya menulis:

Zahid tidak lagi menguasai UMNO, dan segala apa yang diperkatakannya tidak lagi diterima oleh majoriti ahli-ahli parlimen dalam parti itu.

Bukan hanya Zahid sah menipu dan memperdaya semua ahli parlimen Barisan Nasional dalam isu sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (rujuk artikel bawah), majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO memandang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden de facto parti itu.

Ya, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebab itulah Najib dikerahkan untuk membuat tuntutan bagi pihak Zahid sebagai syarat untuk Barisan Nasional menyokong Belanjawan 2021. 

Satu Malaysia tahu bahawa Zahid tidak lagi menguasai UMNO, malah Zahid sendiri pernah mengaku bahawa beliau “tidak dapat mengawal ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.”

Jika itu keadaannya, masakan ahli-ahli parlimen ini akan melayan kenyataan yang dibuat oleh Najib, lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu komplot yang dirancang oleh Zahid dan Najib bersama Anwar.

Hakikatnya, UMNO kini bukan hanya terbahagi kepada Team A (Najib-Zahid) dan Team B (Ku Li), Team B merupakan “UMNO sebenar,” atau “UMNO 3.0,” manakala Team A, yang hanya disokong oleh sembilan hingga sepuluh ahli parlimen, merupakan “UMNO atas kertas.”

Biarpun ahli-ahli “UMNO 3.0” senyap pada ketika ini, mereka sedang mengorak langkah. Bagi mereka, tidak ada gunanya bercakaran dengan Zahid dan Najib yang nyata tidak sedar diri dan bermimipi di siang hari.

Bila sampai masanya untuk mengundi dasar Belanjawan 2021 atau membuat sebarang keputusan lain, ahli-ahli “UMNO 3.0” ini akan membuat ketetapan masing-masing berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan keahlian mereka dalam Dewan Rakyat, bukannya keahlian mereka dalam “UMNO atas kertas” pimpinan Zahid.

Rasa tidak puas hati mereka terhadap Belanjawan 2021 merangkumi banyak perkara dan tidak terhad kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Najib.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...