Noh Omar kepada Kit Siang: Tuhan Maha Kaya

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar menyuruh anaknya, Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang susulan kejadian tanah runtuh yang meragut 11 nyawa di negeri itu, dua hari lalu.

Cabaran itu disuarakan beliau susulan tindakan veteran DAP itu yang pernah menuding jari kepadanya di atas musibah yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pada September lalu.




Kit Siang di dalam satu artikel di blognya sebelum ini telah mencabar Noh supaya meletakkan jawatan sebagai menteri di atas kegagalannya memastikan ‘kesejahteraan bandar’.

“Pembangkang jangan nak cari salah orang. Walaupun ini bukan isu politik tetapi terbukti, apa juga pun pembangkang akan cari peluang. Seperti tahfiz terbakar, mereka cari peluang, politikkan isu, mahu tekan saya menteri KPKT mesti letak jawatan bagi bertanggungjawab apabila kebakaran berlaku.

“Hari ini, saya nak nasihat pula kepada Lim Kit Siang, tolong nasihatkan anaknya pula untuk letak jawatan bertanggungjawab dengan tanah runtuh. Bila Kit Siang buat kenyataan tersebut, saya baca dan terfikir, apa pula suruh saya letak jawatan.

“Sekarang ini Tuhan Maha Kaya, jadi pula di negeri anaknya. Suruhlah anaknya letak jawatan,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mengulas insiden tanah runtuh yang berlaku di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) sememangnya tidak menyokong projek pembinaan perumahan mampu milik di kawasan berkenaan.

Tambah Noh, KPKT menyediakan garis panduan rancangan ‘Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi’ untuk rujukan di dalam melaksanakan pembangunan di kawasan sedemikan, namun ia tetap tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.

Ujarnya, sebahagian negeri mengikut garis panduan yang disediakan kementerian namun sebahagiannya memilih untuk menggunapakai garis panduan sendiri termasuk Pulau Pinang, yang menggunapakai ‘Safety Guideline for Hillsite Development 2012’.

Loading...

“Pulau Pinang mungkin rasa dia punya lebih terperinci. Kita ni (kerajaan) Pusat, (kerajaan) negeri pula keadaanya berbeza. Mungkin bukit di Pulau Pinang tidak seperti dengan negeri-negeri lain, jadi ada lah kaedahnya. Mereka ikut juga garis panduan (pusat), tapi mereka kata mereka punya lebih terperinci.

“Saya nak menyeru semua negeri, walaupun kadang-kadang garis panduan dibuat oleh kementerian dan kerajaan negeri ada kuasa sendiri, tapi terimalah garis panduan yang dikeluarkan pihak KPKT,” katanya lagi.

Justeru ujarnya, KPKT pada hari ini sudah menghantar surat rasmi kepada Pulau Pinang untuk meminta kerajaan negeri itu membentangkan laporan bersabit tragedi berkenaan dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 30 Oktober ini.

“Kita sudah tulis surat kepada kepada kerajaan negeri untuk mereka bentangkan laporan peristiwa tanah runtuh ini dalam mesyuarat majlis perancang fizikal negara untuk kita tahu lebih lanjut,” katanya lagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.57 pagi pada Sabtu lalu, seramai 11 pekerja yang sedang menjalankan kerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit, maut tertimbus apabila ditimpa tanah runtuh dari kecerunan kira-kira 35 meter.

Sumber: Antarapos



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...