Noh Omar: Tiada desakan dari UMNO Selangor agar Zahid letak jawatan

Menurut Noh Omar, dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian baru-baru ini, tiada sebarang usul dibentangkan untuk meminta Zahid berundur. Sumber (gambar): Fail TTF

نوه عمر: تياد دسقن دري امنو سلاڠور اڬر زاهيد لتق جاوتن

UMNO Selangor tidak pernah melakukan sebarang desakan supaya Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden parti.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini, tiada UMNO Bahagian di negeri ini menyatakan desakan seumpama itu terhadap presiden.

Mengulas lanjut, Noh berkata, prinsip demokrasi diamalkan UMNO selama ini tidak harus diketepikan dan perlu mengikut saluran betul.

“Mana-mana pihak tidak boleh mendesak kecuali Presiden sendiri mahu meletakkan jawatan dan jangan hanya mahu menghebohkan keadaan semata-mata.

“Jangan berpecah belah kerana bimbang nanti bukan saja lawan, malah kawan juga tidak hormati kita,” ujarnya.


TANJONG KARANG: UMNO Selangor tidak pernah melakukan sebarang desakan supaya Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden parti.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini, tiada UMNO Bahagian di negeri ini menyatakan desakan seumpama itu terhadap presiden.




Menurutnya, sekiranya ada, perkara itu adalah lebih kepada pendapat peribadi atau individu dan bukan secara keseluruhannya.

“Malah, dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian baru-baru ini juga tiada sebarang usul dibentangkan mengenai desakan berkenaan. Kita berpegang teguh kepada institusi Presiden dan kekal menunggu sidang pemilihan parti itu pada tahun ini.

“Semua pihak seharusnya terus menghormati prinsip perlembagaan dan peraturan parti berkenaan. Sekiranya melibatkan soal penukaran Presiden, kita mempunyai peraturan dan institusi Presiden yang dipilih oleh perwakilan perlu dihormati.

“Saya dimaklumkan pemilihan parti akan diadakan tahun ini juga dan kita perlu menunggu waktu itu nanti,” katanya ketika mengulas isu desakan daripada kepimpinan pemuda bahagian dan negeri agar Ahmad Zahid melepaskan jawatannya.

Terdahulu, Noh ditemui dalam program sanitasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, Tanjong Karang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail.

Sebelum itu, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman melabelkan kelemahan kepimpinan Ahmad Zahid, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli-ahli Parlimen parti Melayu itu kini hilang hala tuju.

Mengulas lanjut, Noh berkata, prinsip demokrasi diamalkan UMNO selama ini tidak harus diketepikan dan perlu mengikut saluran betul.

Loading...

“Mana-mana pihak tidak boleh mendesak kecuali Presiden sendiri mahu meletakkan jawatan dan jangan hanya mahu menghebohkan keadaan semata-mata.

“Jangan berpecah belah kerana bimbang nanti bukan saja lawan, malah kawan juga tidak hormati kita,” ujarnya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...