Noor Hisham: Dah kena jangkitan dan sembuh tak semestinya bermakna anda kebal Covid-19

Setakat ini, biarpun Malaysia belum lagi mencatat kes jangkitan kali kedua, antibodi-antibodi ini tidak mampu melindungi mereka daripada dijangkiti semula. Sumber (gambar): Fail TTF

نور هشام: ده كنا جڠكيتن دان سمبوه تق سمستيڽ برمعنى اندا كبل چوۏيد-19

#TTFCovid19: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedar bahawa tidak ada bukti pesakit Covid-19 yang pulih kebal dari dijangkiti semula.

Menurut Hisham, walaupun terdapat tindak balas terhadap antibodi IgM (immunoglobulin M) dan IgG (immunoglobulin G) yang dihasilkan dalam badan pesakit, ianya tidak melindungi pesakit daripada dijangkiti semula.

Hisham berkata demikian pada sidang media Covid-19 ketika ditanya oleh wartawan mengenai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tidak ada jaminan mereka yang telah pulih dari jangkitan dan menghasilkan antibodi dalam badan tidak akan kembali dijangkit.

WHO juga berkata pengesanan antibodi yang bertindak pada virus SARS-CoV-2 tidak memberikan kekebalan kepada individu untuk melakukan perjalanan atau kembali bekerja dengan anggapan bahawa mereka dilindungi daripada jangkitan semula.


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedar bahawa tidak ada bukti pesakit Covid-19 yang pulih kebal dari dijangkiti semula.

Menurut Hisham, walaupun terdapat tindak balas terhadap antibodi IgM (immunoglobulin M) dan IgG (immunoglobulin G) yang dihasilkan dalam badan pesakit, ianya tidak melindungi pesakit daripada dijangkiti semula.




“Setakat ini, biarpun kami (Malaysia) belum lagi mencatat kes jangkitan kali kedua, antibodi-antibodi ini tidak mampu melindungi mereka (daripada dijangkiti semula). 

“Mereka masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan sepenuhnya untuk mencegah jangkitan kali kedua, “katanya.

Hisham berkata demikian pada sidang media Covid-19 ketika ditanya oleh wartawan mengenai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tidak ada jaminan mereka yang telah pulih dari jangkitan dan menghasilkan antibodi dalam badan tidak akan kembali dijangkit.

WHO juga berkata pengesanan antibodi yang bertindak pada virus SARS-CoV-2 tidak memberikan kekebalan kepada individu untuk melakukan perjalanan atau kembali bekerja dengan anggapan bahawa mereka dilindungi daripada jangkitan semula.

Mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang disahkan positif Covid-19, Hisham berkata perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa pengawalseliaan kesihatan KKM.

Rakyat Malaysia juga perlu mengikuti panduan yang ditetapkan dalam negara di mana mereka berada sebelum dibenarkan pulang.

“Sebagai contoh, jika mereka disahkan positif Covid-19, mereka perlu mengikuti proses kuarantin di negara berkenaan yang turut akan memberitahu kami jika kes tersebut harus pulang,” katanya.

Loading...

Hisham mengulangi kenyataannya bahawa tidak ada pekerja kesihatan yang bertugas di wad Covid-19 atau mereka yang merawat pesakit di unit rawatan intensif (ICU) telah dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata, lebih 80 peratus daripada pekerja kesihatan mendapat virus dari masyarakat melalui acara seperti perkahwinan dan perkumpulan, bukannya ketika berkhidmat di wad Covid-19.

Hisham juga menegaskan bahawa jangkitan itu bukan disebabkan oleh kekurangan alat pelindung diri (PPE) untuk pekerja kesihatan di hospital awam dan swasta kerana mereka diharuskan memakai PPE penuh sebelum merawat pesakit.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...