Noor Hisham: Malaysia dalam fasa penyembuhan

Noor Hisham berkata, Malaysia kini berusaha meningkatkan kapasiti menjadi 16,385 ujian sehari di 43 makmal seluruh negara. Sumber (gambar): Fail TTF

نور هشام: مليسيا دالم فاسا ڤڽمبوهن

#TTFCovid19: MALAYSIA kini dalam fasa penyembuhan berdasarkan jumlah kes baharu Covid-19 yang kini hanya dua angka sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menunjukkan Malaysia sudah melepasi fasa kemuncak jangkitan yang dijangka minggu lalu.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pelan tindakan yang dilaksanakan KKM dan berdasarkan momentum terkini, jumlah kes diharap semakin berkurangan dari semasa ke semasa menerusi PKP fasa tiga.

Namun, katanya, tidak boleh dinafikan jumlah itu boleh meningkat dan disebabkan itu kita perlu meneruskan usaha untuk mengurangkan kes jangkitan baharu.


MALAYSIA kini dalam fasa penyembuhan berdasarkan jumlah kes baharu Covid-19 yang kini hanya dua angka sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menunjukkan Malaysia sudah melepasi fasa kemuncak jangkitan yang dijangka minggu lalu.




Menurutnya, berdasarkan jangkaan awal, kes baharu di Malaysia dijangka mencapai sehingga 6,300 kes pada 14 April, namun itu tidak berlaku.

“Kita lihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua berjaya mendatarkan jumlah kes baharu dan jumlah tertinggi dicapai.

“Hanya pada 3 April lalu dengan 217 kes baharu dan itu adalah jumlah tertinggi yang dicatatkan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pelan tindakan yang dilaksanakan KKM dan berdasarkan momentum terkini, jumlah kes diharap semakin berkurangan dari semasa ke semasa menerusi PKP fasa tiga.

Namun, katanya, tidak boleh dinafikan jumlah itu boleh meningkat dan disebabkan itu kita perlu meneruskan usaha untuk mengurangkan kes jangkitan baharu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia kini berusaha meningkatkan kapasiti menjadi 16,385 ujian sehari di 43 makmal seluruh negara.

“Kita kini dalam proses memasang mesin penguji automatik Institut Genom Beijing di dua Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang mampu meningkatkan jumlah ujian.

Loading...

“Mesin penguji berkenaan dapat meningkatkan jumlah ujian kepada 5,000 sehari termasuk Makmal Kesihatan Awam di Kota Kinabalu, Sabah yang boleh meningkat kepada 1,000 ujian sehari,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...