
نورهيزم 80 ڤراتوس يقين منڠ كروسي ڤڠكالن باتو سباڬاي چالون بيبس
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, akan bertanding untuk mempertahankan kerusi disandangnya itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Beliau mengesahkan bakal bersaing atas tiket Bebas, sekali gus membawa kepada pertandingan sekurang-kurang lima penjuru bagi kerusi DUN terbabit.
Mengulas lanjut, Norhizam berkata, beliau berkeyakinan 80 peratus bahawa dirinya akan melakar kemenangan pada PRN nanti
“Saya bukan bercakap kosong, sebaliknya ada KPI (indeks prestasi utama) selama lebih tiga tahun bekerja untuk rakyat. Saya mungkin dilahirkan untuk rakyat.

MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, akan bertanding untuk mempertahankan kerusi disandangnya itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Beliau mengesahkan bakal bersaing atas tiket Bebas, sekali gus membawa kepada pertandingan sekurang-kurang lima penjuru bagi kerusi DUN terbabit.
Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan mencalonkan Mohd Azrudin Md Idris (BERSATU) di DUN Pengkalan Batu; Barisan Nasional (BN) pula Datuk Kalsom Nordin (UMNO); Pakatan Harapan (PH) – Muhammad Danish Zainudin (DAP); dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) – Dr Aluwi Sari.
Norhizam berkata, beliau mahu membuktikan berupaya mengulangi kemenangan diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun dirinya akan membawa cabaran sebagai calon Bebas.
“Saya akan bertanding di DUN Pengkalan Batu atas tiket Bebas. Menjadi pemimpin Bebas tetapi boleh buat kerja. Lebih baik bertanding Bebas, apa kita mahu boleh buat dan bebas bersuara.
“Semuanya sudah selesai. Borang (penamaan calon) telah diisi dan membayar deposit untuk poster kepada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Norhizam berkata, beliau berkeyakinan 80 peratus bahawa dirinya akan melakar kemenangan pada PRN nanti
“Saya bukan bercakap kosong, sebaliknya ada KPI (indeks prestasi utama) selama lebih tiga tahun bekerja untuk rakyat. Saya mungkin dilahirkan untuk rakyat.
“Kalau kita menjadi calon yang baik, insya-Allah saya yakin ada kekuatan dan 80 peratus akan menang. Parti hanya simbol dan logo, namun yang mengundi kita adalah rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Norhizam mendakwa ada menerima tawaran daripada parti pembangkang tertentu tetapi menolaknya.
“Saya boleh katakan ada, namun tidak perlu cakap (parti mana). Tawaran itu biasa, lebih empat ditolak.
“Saya yakin mereka hendak ‘offer’ (memberi tawaran) sebab saya antara Yang Berhormat (YB) yang membuat kerja. Bukan tidak berminat tetapi apabila ‘masuk rumah’ orang, ‘ding-dong’ banyak sangat,” katanya.
Bulan lalu, media melaporkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau; memutuskan bahawa Norhizam tidak akan dicalonkan mewakili gabungan itu pada PRN Melaka kali ini.
Sumber:
WAJIB BACA:
LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

