THE THIRD FORCE
Kepada: Lim Kit Siang
U/P: Lim Guan Eng
Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online semalam, anda telah dipetik sebagai meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghapuskan artikel yang diterbitkan melalui Malaysia Today, artikel yang anda dakwa adalah “kurang ajar dan tidak masuk akal” terhadap anda. Menurut laporan itu, permintaan untuk menghapuskan artikel tersebut adalah untuk menguji “sama ada (atau tidak) SKMM adalah organisasi yang bebas, adil dan profesional.”
Sehubungan dengan perkembangan ini, saya telah mengumpul kempen berita palsu dan maklumat yang tidak benar yang telah dibuat oleh anak anda sendiri, Lim Guan Eng, terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Barisan Nasional (BN), UMNO dan MCA. Serangan penipuan dan fitnah yang terbaru terhadap pertubuhan umum tersebut adalah bertujuan untuk mengancam dan menghasut ketidakpercayaan terhadap pihak berkuasa Kerajaan dan institusi demokrasi yang dilaksanakan di oleh Kerajaan Malaysia.
Bukan sahaja perbuatan-perbuatan Guan Eng cenderung kepada psiko-neurotik, ia tidak boleh dibiarkan, kerana Guan Eng adalah tokoh yang diamanahkan oleh rakyat Pulau Pinang untuk memimpin kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, keupayaan beliau untuk berbuat demikian kini dipertikaikan berhubung tindakan, sikap dan etikanya ketika berhadapan dengan pemberita dan media menjurus kepada kecenderungan subversif yang mengancam untuk menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara.
Ini adalah antara sebab utama, saya mengesyorkan supaya anda memberi tumpuan lebih kepada anak anda untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, dan bukannya sibuk dengan penerbitan yang dibuat oleh mana-mana parti. Bagi membantu anda memahami betapa kritikalnya keadaan ini, saya telah menyenaraikan di bawah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku yang membuktikan bahawa Lim Guan Eng adalah tidak lain dan tidak bukan seorang figura yang menyebarkan maklumat salah dan palsu di Malaysia.
Bukit bahawa Lim Guan Eng adalah pembawa berita palsu:
1. Ahad lalu, saya mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan penarikan rasmi laporan yang dibuat pada 4 Mac 2013 oleh media rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Buletin Mutiara.
2. Menurut laporan tersebut, bukan sahaja SPV yang menerima projek Terowong Bawah Tanah Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion itu mendaftarkan modal berbayar sebanyak RM4.6 bilion, kedua-dua Zenith Construction Sdn Bhd dan CRCC bersama-sama memegang 70 peratus kepentingan dalam konglomerat tersebut.
3. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 2018, Dato’ Seri Wee Ka Siong menidakkan laporan tersebut dengan menyatakan bahawa CRCC menafikan ia adalah pemegang saham sejak dari awal lagi.
4. Kemudian, pada 11 Februari 2018, Timbalan Presiden MCA tersebut selanjutnya menyatakan bahawa gergasi pembinaan China itu telah lama memberhentikan kerja-kerja kerana kegagalan SPV untuk memenuhi 95 peratus daripada kewajipannya, yang dikatakan bernilai kira-kira RM69 juta.
5. Dalam apa yang dilihat sebagai jawapan kepada pemimpin MCA, pada 7 Februari 2018, Guan Eng menafikan untuk kesekian kalinya bahawa CRCC adalah pemegang saham.
6. Bukan sahaja ia merupakan kebohongan secara terang-terangan dari pihak Ketua Menteri, terdapat banyak bukti yang mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau sebenarnya yang mengikat firma pembinaan Cina dengan projek terownf SPV dari segi pemegangan saham.
7. Memandangkan Guan Eng berhasrat untuk terus berbohong, perkara yang dinyatakan di atas adalah bukti yang jelas bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang adalah dengan sengaja menyebarkan maklumat yang salah dan penipuan bertujuan untuk menipu rakyat.
8. Memandangkan kebohongan-kebohongan ini adalah sama seperti yang dibuat oleh beliau terhadap SPRM, Barisan Nasional, UMNO dan MCA, kita boleh membuat kesimpulan dengan satu kepastian bahawa misi beliau adalah untuk menghasut kebencian di kalangan rakyat Malaysia terhadap pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang dilantik secara demokrasi.
9. Ketika saya mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan penarikan secara formal terhadap laporan Buletin Mutiara yang dibuat pada 4 Mac 2013, saya berbuat demikian ketika di dalam pengetahuan bahawa beliau telah beberapa kali menafikan secara rasmi bahawa CRCC pernah mempunyai pegangan dalam projek terowong bawah tanah SPV.
10. Bukan sahaja beliau tidak mengendahkan cabaran saya, beliau terus menuduh dan menyelar Ka Siong kerana menafikan bahawa presiden MCA, Dato’ Seri Liow Tiong Lai “menyalahgunakan kekuasaannya sebagai Menteri Pengangkutan untuk menekan CRCC, yang pada mulanya diseret oleh Wee dan BN ke dalam kontroversi politik ini.”
11. Ia sesuatu yang tidak masuk akal, terutama sekali apabila Ketua Menteri sendiri yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahawa projek terowong SPV itu disokong dalam bentuk kewangan oleh gergasi pembinaan China bernilai RM4 bilion.
12. Selain itu, kerajaan negeri yang diketuai DAP itu telah berkomplot untuk memberi projek terowong bernilai RM6.3 bilion kepada SPV yang tidak layak itu dengan melanggar peraturan perolehan, membohongi pegangan saham dan menerbitkan berita palsu melalui berita rasmi kerajaan negeri.
13. Hakikatnya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berniat untuk membetulkan kesalahannya apabila beliau enggan untuk mengeluarkan penarikan secara formal ke atas laporan yang dibuat oleh Buletin Mutiara pada 4 Mac 2013.
14. Keengganannya untuk memperbetulkan keadaan menunjukkan bahawa pentadbiran beliau boleh dengan sengaja menerbitkan berita palsu dengan niat untuk menipu dan mengelirukan rakyat serta pihak berkuasa.
15. Untuk rekod, apa yang saya nyatakan di sini adalah untuk membuktikan salah satu daripada banyak penipuan yang dibuat oleh Guan Eng dengan niat sengaja untuk menyebarkan berita palsu.
16. Sekiranya saya menyenaraikan semua penipuan yang dibuat oleh Ketua Menteri tersebut semasa mempertahankan projek terowong yang bernilai jutaan ringgit itu, perjanjian penipuan banglo untuk tanah, kilang haram yang menyebabkan kanser di Kampung Sungai Lembu (di mana saya telah dedahkan secara peribadi) dan tanah runtuh di Tanjung Bungah, tak tau berapa panjang lagi notis ini akan berjalan.
17. Oleh itu, saya akan meninggalkan butir-butir yang tersisa untuk sesi editorial lain dengan mengandaikan bahawa anda menafikan kesahihan semua yang telah disebutkan di atas atau menuduh orang lain yang menerbitkan berita palsu.
Apa yang boleh kita simpulkan dari semua ini?
1. Ketua Menteri Pulau Pinang dan pentadbiran negerinya perlu disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri mengikut Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 ke atas penerbitan berita palsu menerusi Buletin Mutiara yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. The Third Force kini sedang berbincang dengan beberapa pihak berkuasa dan sedang dalam proses mengumpulkan bukti yang akan dibentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dalam masa terdekat.
2. Ketua Menteri dan pentadbirannya juga perlu disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membantah fitnah terhadap SPRM dan mengeluarkan berita palsu menerusi portal Buletin Mutiara yang dikendalikan oleh kerajaan negeri dan portasl serta platform media sosial yang lain. Sapa seperti kes di atas, The Third Force kini sedang berunding dengan pihak berkuasa berkuasa dan sedang mengumpul bukti untuk dikemukakan kepada SKMM dalam masa yang terdekat.
3. Seperti yang dinyatakan sebelum ini dan berasaskan hujah-hujah yang dibentangkan di sini, kita boleh membuat kesimpulan dengan kepastian yang munasabah bahawa misi Ketua Menteri adalah untuk menghasut kebencian di kalangan rakyat Malaysia terhadap pihak berkuasa Kerajaan yang dilantik melaluis proses demokrasi.
4. Pada pendapat kami, Lim Guan Eng sama sekali tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin parti politik kerana dia telah banyak kali menunjukkan kecenderungan subversif dan psiko-neurotik, terutamanya dalam siding-sidang akhbar di mana dia melempar fitnah dan penipuan terhadap Barisan Nasional, UMNO, MCA dan SPRM.
Nota: Sila ambil perhatian notis ini sebagai “notis yang telah disampaikan”
