Nur Humayra perlu bantuan segera

Kegembiraan menyambut kelahiran anak bongsu bertukar duka selepas bayi berkenaan, Nur Humayra Mohd Zaki disahkan menghidap masalah jantung berlubang. Sumber (gambar): Harían Metro

Suri rumah, Haliza Ismail, 44, berkata beliau mula menyedari anaknya yang kini berusia 4 tahun, mempunyai masalah kesihatan kerana Nur Humayra kerap menangis selepas sebulan dilahirkan.

“Doktor di Gleneagles Kuala Lumpur mengesahkan anak saya perlu dibedah segera bagi merawat tiga lubang yang semakin membesar dan menangani masalah saluran darah ke paru-paru yang tersumbat.

“Kos pembedahan kira-kira RM60,000 tetapi kami sekeluarga tidak mampu kerana suami kerja biasa di kampung,” katanya di sini, hari ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141 0532 3170.


KUALA LUMPUR: Kegembiraan menyambut kelahiran anak bongsu bertukar duka selepas bayi berkenaan, Nur Humayra Mohd Zaki disahkan menghidap masalah jantung berlubang.

Suri rumah, Haliza Ismail, 44, berkata beliau mula menyedari anaknya yang kini berusia 4 tahun, mempunyai masalah kesihatan kerana Nur Humayra kerap menangis selepas sebulan dilahirkan




Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan berkata, anaknya itu selalu batuk dan demam menyebabkan mereka berulang-alik ke hospital setiap bulan untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor di Gleneagles Kuala Lumpur mengesahkan anak saya perlu dibedah segera bagi merawat tiga lubang yang semakin membesar dan menangani masalah saluran darah ke paru-paru yang tersumbat.

“Kos pembedahan kira-kira RM60,000 tetapi kami sekeluarga tidak mampu kerana suami kerja biasa di kampung,” katanya di sini, hari ini.

Haliza berkata, Nur Humayra juga mengalami masalah tumbesaran dengan berat badannya sekarang hanya 12 kilogram, iaitu tidak sepadan dengan usianya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141 0532 3170.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cek dengan menulis nama pesakit (Nur Humayra Mohd Zaki) di belakang cek dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...