Nur Jazlan: Akar umbi UMNO sudah lama tolak Annuar Musa yang kini ‘jurucakap’ PPBM

Menurut Nur Jazlan, jika hanya bersandar kepada rekod bertanding di kerusi majoriti Melayu dan mudah menang, Annuar tidak boleh terlalu mendabik dada. Sumber (gambar): TTF

نور جذلان: اكر اومبي امنو سوده لاما تولق اننوار موسى يڠ كيني ءجوروچاكڤء ڤڤبم

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa patut sedar bahawa beliau sudah lama ditolak oleh akar umbi UMNO.

Jelas beliau, tindak tanduk Ahli Parlimen Ketereh itu yang selalu mempertahankan Bersatu dan menjadi ‘jurucakap’ parti itu membuatkan ahli akar umbi UMNO sudah muak.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Annuar yang mahu pucuk pimpinan UMNO mendengar suara akar umbi dalam menentukan kerjasama politik pada PRU15 nanti.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut mempelawa Annuar bertanding di kerusi Parlimen Pulai jika benar beliau seorang pejuang yang sentiasa boleh membawa kemenangan kepada UMNO.


JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa patut sedar bahawa beliau sudah lama ditolak oleh akar umbi UMNO.

Jelas beliau, tindak tanduk Ahli Parlimen Ketereh itu yang selalu mempertahankan Bersatu dan menjadi ‘jurucakap’ parti itu membuatkan ahli akar umbi UMNO sudah muak.




“Saya dapat rasakan tindakan pengurusan UMNO melantik Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung UMNO menggantikan Annuar sebagai isyarat penolakan pemimpin dan ahli UMNO terhadap beliau.

“Namun demi memberi muka dan menjaga maruah Annuar, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik beliau sebagai Setiausaha Agung BN.

“Mungkin pucuk pimpinan parti membuat keputusan berdasarkan suara akar umbi yang sudah jemu dengan tingkah laku Annuar yang mementingkan diri sendiri bagi memastikan tidak berlakunya pertembungan calon di Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Annuar yang mahu pucuk pimpinan UMNO mendengar suara akar umbi dalam menentukan kerjasama politik pada PRU15 nanti.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut mempelawa Annuar bertanding di kerusi Parlimen Pulai jika benar beliau seorang pejuang yang sentiasa boleh membawa kemenangan kepada UMNO.

Ujar Nur Jazlan, jika hanya bersandar kepada rekod bertanding di kerusi majoriti Melayu dan mudah menang, Annuar tidak boleh terlalu mendabik dada.

“Saya berbesar hati mempelawa Annuar bertanding di kerusi Parlimen Pulai yang majoritinya 48 peratus pengundi Melayu, 40 peratus orang Cina dan 12 peratus undi India, barulah dia (Annuar) boleh buktikan dia benar-benar winnable candidate atau pejuang kental UMNO.

Loading...

“Sekurang-kurangnya saya sudah tiga penggal berjuang, bertanding dan menang di kerusi yang susah untuk menang itu, tapi saya tak pernah membangga diri,” katanya.

Nur Jazlan membidas sindiran Annuar terhadap dirinya dalam laman Facebook bahawa Menteri Wilayah itu mendakwa beliau sekurang-kurangnya menyumbang satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN kepada UMNO berbanding bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang kalah di Pulai pada PRU14 lalu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...