‘Oh Madani…kelentong mau kencang, kerja hakiki ke laut’ – MB Kedah

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) melahirkan kehairanan dengan menteri kerajaan hari ini yang kelihatan mempunyai banyak masa luang untuk menyebar propaganda. Sumber (gambar): Fail TTF

ءاوه مادني…كلينتوڠ ماو كنچڠ، كرجا هاكيكي ك لاوتء – مب قدح

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Sebahagian pemimpin Pakatan Harapan (PH) terlibat dalam projek pembinaan lapangan terbang di Kedah yang dulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) namun kini dijenamakan semula sebagai Kedah Aerotropolis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek itu telah pun bermula sejak 2013 lagi ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Yang menghairankan saya ialah banyaknya masa yang para menteri sekarang ini ada untuk menyebar propaganda berbanding kerja hakiki sebagai menteri. Orang ini Menteri Dalam Negeri (KDN) tau, bukan menteri kerja raya.

“Awat dia pi bersyarah kat mahasiswa yang cerdik pandai tapi sembunyi-sembunyi tak bagi ada rakaman? Takut apa? Oh Madani…kelentong mau kencang, kerja hakiki ke laut,” katanya.

“…boleh periksa kronologi Kedah Aerotropolis sejak 2013 lagi. Dulu mereka pun usaha nak buat juga tapi sekarang tidak lagi. Mungkin terpaksa mementingkan negeri sebelah daripada negeri sendiri kerana nyawa politik ada di sana.

“Pembangunan projek-projek seperti itu tidaklah semudah mengisi borang UPU atau menulis sepucuk surat memohon mini tar dalam kampung,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

TONTON: JANGAN SALAHKAN AGONG, SALAHKAN ZAHID KERANA MENIPU, PERDAYA AGONG & MP UMNO UNTUK JADIKAN ANWAR PMX

Beliau turut memuat naik satu klip video berdurasi 14 minit 6 saat yang dipercayai dirakam pada sesi Townhall Ikon Madani di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam rakaman itu, Saifuddin memberitahu mahasiswa yang hadir bahawa Kedah tidak pernah menghantar surat permohonan bagi projek Kedah Aerotropolis itu.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) melahirkan kehairanan dengan menteri kerajaan hari ini yang kelihatan mempunyai banyak masa luang untuk menyebar propaganda.

“Yang menghairankan saya ialah banyaknya masa yang para menteri sekarang ini ada untuk menyebar propaganda berbanding kerja hakiki sebagai menteri. Orang ini Menteri Dalam Negeri (KDN) tau, bukan menteri kerja raya.

“Awat dia pi bersyarah kat mahasiswa yang cerdik pandai tapi sembunyi-sembunyi tak bagi ada rakaman? Takut apa? Oh Madani…kelentong mau kencang, kerja hakiki ke laut,” katanya.

Loading...

Beliau turut menyifatkan angka projek yang disebut Saifuddin pada sesi itu sebagai naif.

“Projek RM1.6 bilion yang digembar-gembur itu pun bukan projek baharu mereka tetapi adalah projek-projek dalam Rancangan Malaysia 12 (RMK12) yang telah disenaraikan sejak beberapa tahun lalu

“Ada projek yang sedang disiapkan, ada projek sambungan, ada yang akan siap beberapa tahun lagi, mungkin juga ada yang tak akan siap dalam RMK12 pun. Mendakwa RM1.6 bilion itu seluruhnya adalah datang bersama kerajaan baru ini sangatlah naif dan poyo.

“RM1.6 bilion bagi projek-projek yang sedang berjalan di Kedah bukanlah angka yang mengujakan, seperti menyerok nasi goreng kunyit pagi tadi daripada nasi yang tak habih makan malam tadi saja. Tentulah lebih baik daripada tak dak apa langsung nak menyerok,” katanya.

Sumber berita:

Tajuk:

#Sanusi #Madani #Saifuddin #PMX #Anwar

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...