“Online poll” Seademon menunjukkan 93 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan PH

THE THIRD FORCE

Seramai 2,381 orang telah mengambil bahagian dalam satu proses pengundian menerusi laman Facebook Seademon.tv dalam tempoh tiga hari.

“Online poll” tersebut adalah untuk meneliti samada rakyat berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setakat ini.

Keputusannya, 165 orang (7 peratus) menyokong pilihan bahawa PH telah menjalankan kerja dengan baik, manakala 2,216 orang (93 peratus) lagi mengatakan tidak.

Ini selari dengan lain-lain bancian yang telah dijalankan oleh media massa dan portal-portal pro-kerajaan dan pro-pembangkang yang jelas menunjukkan bahawa rakyat semakin tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran PH.

Undian tersebut adalah bersempena 100 hari PH mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional.

Keputusan yang diperolehi sekaligus mencadangkan bahawa bancian yang dijalankan oleh Merdeka Center tiga hari yang lepas adalah tidak tepat dan mungkin telah dimanipulasi.

Menurut Merdeka Center, 71 peratus dari sampel pengundi yang hanya berjumplah 1,160 bersetuju dengan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan ini amat sukar dipercyai memandangkan Mahathir, selaku Perdana Menteri Malaysia, merupakan pengerusi PH, iaitu gabungan parti-parti yang sememangnya ditolak sebilangan besar rakyat Malaysia jika berpandukan hasil bancian-bancian yang lain.

Comments

Comments