Orang Cina akan tersungkur jika tidak bangkit bersama menentang DAP, Dong Zong

Raggie Jessy Rithaudeen

Masyarakat Cina di Malaysia bakal menghadapi masa depan yang amat tidak menentu sekiranya mereka tidak buka mata dan sedar, bahawa selagi wujud puak-puak Dong Zong dan DAP, politik dan ekonomi negara berisiko menjadi parah dan tidak menentu.




Ini berikutan kenyataan-kenyataan serta tingkah laku pucuk pimpinan puak-puak ini yang kerap kali rasis, cauvinis, anti-Islam, anti-perpaduan dan anti-kemakmuran hinggakan masyarakat Melayu-Islam sudah tidak mampu menahan sabar lagi.

Tidak ada sesiapa yang sukakan suasana huru-hara, termasuk saya, dan tidak ada pihak yang sengaja akan cuba cetuskan suasana sedemikian. Tetapi manusia tetap manusia, dan tidak ada yang sempurna di alam semester melainkan Allah.

Ya, setiap manusia yang tercabar pasti akan ada ‘breaking point’ dia.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya rusuhan besar-besaran tercetus akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang terus-menerus memarakkan gelombang Islamophobia dengan niat memecahbelahkan masyarakat Melayu-Islam.

Bayangkanlah dilemma yang dihadapi mereka yang bergelar Muslim yang telah lama bersabar melihatkan maruah, martabat dan kemuliaan agama serta bangsa dipijak-pijak oleh puak rasis dan cauvinis.

Sudah tentu mereka akan terbahagi antara perlunya bertindak menumpaskan musuh Islam dan bersabar “selagi ada harapan untuk bermuzakarah” ke arah kesejahteraan dan penyatuan ummah.

Setiap individu pasti sayangkan keamanan, tetapi keamanan dan kemakmuran tidak akan kekal selama-lamanya selagi wujud puak minoriti yang memijak-mijak maruah, martabat dan kemuliaan agama dan bangsa puak majoriti, lebih-lebih lagi jika puak majoriti itu keseluruhannya beragama Islam.

Loading...

Perbalahan pasti akan tercetus, cuma lazimnya, kita tidak akan dapat menjangka bila, di mana, bagaimana atau mengapa perbalahan tersebut berlaku.

Alhamdulillah, sehingga kini, saya belum lagi dapat melihat sebarang sebab mengapa perlunya mana-mana pihak bertelagah ataupun mencetuskan perbalahan atas apa-apa sebab. Semuanya boleh dibawa berbincang.

Tetapi semua perkara itu pasti ada hadnya, ada batasnya.

Sepertimana yang saya katakan, manusia tetap manusia, dan dan tidak ada yang sempurna di alam semester melainkan Allah. Setiap manusia yang tercabar pasti akan ada ‘breaking point’ dia.

Andai kata tercetusnya rusuhan, apakah yang bakal terjadi kepada ekonomi negara? Apakah masyarakat Cina masih lagi menaruh harapan terhadap Lim Guan Eng?

Apakah Guan Eng mampu perbetulkan keadaan ekonomi yang kian meleset sedangkan dialah antara punca utama pelabur asing tidak yakin lagi dengan kemampuan kita menguruskan kewangan negara?

Bukankah dia yang menipu dan memanipulasi fakta berhubung hutang negara dan nisbah hutang kepada GDP hinggakan pelabur mula syak kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu?

Apakah masyarakat Cina masih lagi menaruh harapkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat membela puak DAP?

Bukankah Anwar sendiri sentiasa mengungkit-ungkit “pelan peralihan kuasa” hinggakan pelabur asing tidak yakin lagi dengan kestabilan politik negara?

Siapakah yang paling rugi jika tercetusnya huru-hara di negara ini?

Fikir-fikirkanlah.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...