Orang kuat Anwar, Abdullah Sani, sudah mula beri tekanan pada Azmin

Hari ini, Abdullah mengesa agar Azmin meletak jawatan. Semalam, Anwar, selaku ketua PKR, menegaskan bahawa Azmin tidak perlu bercuti sekiranya video intim yang didakwa melibatkan Azmin dan Haziq didapati palsu. Inilah permainan “good cop bad cop” yang kerapkali dimainkan pasangan Anwar-Abdullah ini. Sumber (gambar): Berta Harían Online

Terdahulu, Abdullah pernah mendakwa wujud campur tangan “luar biasa” melibatkan Tun Daim Zainuddin untuk menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Bukan hanya ini satu penipuan, Abdullah sememangnya sudah mula terkenal sebagai “mulut kedua Anwar” dan tidak serik bermain “good cop bad cop” bersama presiden PKR tersebut.

Ini memandangkan Anwar sendiri kerapkali menjelaskan bahawa beliau cukup yakin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak ragu-ragu bahawa beliau akan mengalihkan kuasa Perdana Menteri kepadanya “apabila masanya sampai.”


KUALA LUMPUR: Penyokong-penyokong tegar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ingin melihat beliau menjadi Perdana Menteri ke-8 dengan kadar segera sudah mula memberikan tekanan kepada Dato’ Seri Azmin Ali.

Bercakap kepada wartawan di luar lobi parlimen, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, hari ini menggesa Azmin mengambil cuti daripada memegang jawatan dalam kerajaan dan parti bagi “memastikan tiada campur tangan dalam siasatan terhadap kes video intim yang dikaitkan dengan beliau.”

“Sesiapa pun dalam siasatan mesti meletakkan dirinya dalam kategori yang disiasat, ia tidak boleh menganggu perjalanan siasatan.


“Ini salah satu jalan terbaik, walaupun presiden PKR kata teruskan, tapi bagi saya ia lebih sempurna sebab ia didakwa sedemikian rupa, dia perlu mengambil diri dia sebagai orang yang disiasat,” kata Abdullah sepertimana dilaporkan portal berita Malaysia Gazette.

Terdahulu, Abdullah pernah mendakwa wujud campur tangan “luar biasa” melibatkan Tun Daim Zainuddin untuk menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Bukan hanya ini satu penipuan, Abdullah sememangnya sudah mula terkenal sebagai “mulut kedua Anwar” dan tidak serik bermain “good cop bad cop” bersama presiden PKR tersebut.

Ini memandangkan Anwar sendiri kerapkali menjelaskan bahawa beliau cukup yakin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak ragu-ragu bahawa beliau akan mengalihkan kuasa Perdana Menteri kepadanya “apabila masanya sampai.”

Begitu juga, hari ini, Abdullah mengesa agar Azmin meletak jawatan. Semalam, Anwar, selaku ketua PKR, menegaskan bahawa Azmin tidak perlu bercuti sekiranya video intim yang didakwa melibatkan Azmin dan Haziq didapati palsu.

Permainan bodoh sebeginilah yang benar-benar mengaibkan Anwar hinggakan akuan-akuan bersumpah palsu yang dimiliki orang-orangnya terbongkar.

Hakikatnya, tidak ada sesiapapun yang menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri melainkan Anwar sendiri, yang kian hari kian membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang jawatan tersebut kerana terlalu taksub dengan wang, kuasa dan kedudukan hinga sanggup melakukan penipuan.

THE THIRD FORCE

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...