اورڠ كوات نجيب سڠڬه كڽاتأن اننوار موسى كونونڽ اسماعيل صبري اياله ءڤوستر بويء امنو
Datuk Mohd Puad Zarkashi menyanggah kenyataan Tan Sri Annuar Musa kononnya Datuk Seri Ismail Sabri akan diangkat sebagai poster boy Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Dalam satu kenyataan, Puad mendakwa UMNO masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.
Puad diketahui ramai sebagai orang kuat Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Annuar dan Ismail Sabri dikatakan berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kem Ismail Sabri ingin pemilihan UMNO diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 agar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti boleh dicabar.
Manakala itu, kluster Mahkamah dikatakan terdesak untuk parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mungkin sebelum bulan puasa tahun ini.

Namun, hanya beberapa jam sebelum itu, Annuar mendakwa MKT menunjukkan isyarat bahawa Ismail Sabri adalah “posterboy” UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan merupakan calun Perdana Menteri daripada Umno.
BACA KENYATAAN PENUH ANNUAR MUSA DI SINI
“Mesyuarat MKT jelas membuat “endorsement” bahawa DSIS akan terus memimpin negara sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke14, pada tahun 2023,” katanya.
Menurut Puad, ‘poster boy’ dipilih kerana ketokohannya, polisinya dan pembela rakyat, bukannya lembik, ikut cakap orang dan lambat buat keputusan.
Siapakah yang bercakap benar?
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Puad diketahui ramai sebagai orang kuat Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Annuar dan Ismail Sabri dikatakan berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kem Ismail Sabri ingin pemilihan UMNO diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 agar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti boleh dicabar.
Manakala itu, kluster Mahkamah dikatakan terdesak untuk parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mungkin sebelum bulan puasa tahun ini.
Ini disyaki ada kaitannya dengan kes-kes Mahkamah Najib dan Zahid, di mana kedua-duanya dikatakan mahu Pilihan Raya diadakan sebelum keputusan muktamad kes SRC Najib dibacakan.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA: