Orang lain bergelut seharian untuk hidup dia sibuk nak jadi PM

“Nampaknya fokus Anwar adalah untuk menjadi PM semata-mata, tidak lebih dari itu” – RJ Rithaudeen. Sumber (gambar): Fail TTF

Roslan SMS

Yang penting beliau jadi PM.

Dari dipecat sebagai TPM kemudian mencetuskan gerakan reformasi jalanan tahun 1998 (21 tahun dahulu), masuk keluar penjara itulah matlamat akhir agar “Aku jadi PM”.

Berapa ramai yang terkesan dan menderita, dipukul dibelasah ditangkap jadi bankrap. Orang Melayu sampai berpecah-belah dan kuasa politik bukan Melayu menjadi dominan. Kos hidup mencacak naik, rakyat menderita.


Itu semua “aku peduli apa” asalkan yang penting “Aku jadi PM”.

Apalah istimewa sangat orang yang Tun Dr Mahathir pernah sebut tidak layak memimpin negara ini?

Bekas banduan kes liwat dan salahguna kuasa tetapi hari ini menuntut “ditabal” menjadi PM ke 8.

Saya tidak tahu tapi rasanya ramai rakyat Malaysia juga sudah tidak peduli. Mereka terus susah dan sengsara, janji tidak dikota, apa mereka peduli kamu jadi PM atau tidak yang penting jangan sampai kami merempat di bumi sendiri.

Ya Allah selamatkanlah bangsa, agama dan negara kami.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...