Orang mati pun tak selamat, kubur hendak dikorek kerajaan DAP

Secara tiba-tiba wujud pelan binaan baharu Aliran Transit Ringan (LRT) yang laluan jajaran telah berubah atau ditukar setelah masjid tersebut dirobohkan untuk dibina semula. Sumber (gambar): Harakah Daily

Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang terus menerima bantahan umat Islam negeri ini khususnya para penduduk dan ahli kariah Masjid Sungai Nibong Besar, Bayan Baru.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahli Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Yaacob Omar berkata, bantahan tersebut kerana penduduk merasa tertipu dengan kerajaan negeri dan pemaju.

Menurut beliau, paling menimbulkan syak wasangka besar apabila kerja-kerja prmbinaan masjid terhenti sedangkan pelan dan bahan binaan telah tersedia di tapak asal masjid itu.


GEORGE  TOWN: Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang terus menerima bantahan umat Islam negeri ini khususnya para penduduk dan ahli kariah Masjid Sungai Nibong Besar, Bayan Baru.

Sehubungan itu, sekali lagi himpunan aman oleh jawatankuasa bertindak masjid ini telah diadakan bagi menyuarakan isu berkaitan di hadapan bangunan KOMTAR, di sini petang semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahli Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Yaacob Omar berkata, bantahan tersebut kerana penduduk merasa tertipu dengan kerajaan negeri dan pemaju.


Jelas beliau, secara tiba-tiba wujud pelan binaan baharu Aliran Transit Ringan (LRT) yang laluan jajaran telah berubah atau ditukar setelah masjid tersebut dirobohkan untuk dibina semula.

Terangnya, berbanding pelan asal di mana laluan tersebut adalah di belakang masjid, tetapi dengan pelan baharu itu menyebabkan kedudukan masjid akan berubah.

Namun katanya, hal yang sangat menimbulkan tidak puas hati penduduk dan ahli kariah apabila perubahan tersebut akan menyebabkan tanah wakaf masjid termasuk kubur diambil.

Menurut beliau, paling menimbulkan syak wasangka besar apabila kerja-kerja prmbinaan masjid terhenti sedangkan pelan dan bahan binaan telah tersedia di tapak asal masjid itu.

“Atas arahan siapa dan kenapa tidak dibenarkan binaan masjid itu berjalan? Seolah-olah ada agenda jahat sedang diusahakan oleh kerjaan negeri yang sememangnya mesra pemaju ini.

“Hari ini di Pualau Pinang, umat Islam tidak selamat. Penduduk yang hidup di kampung, mereka itu mahu dipindahkan, yang tinggal di PPRT macam sebelum ini dikeluarkan dengan pelbagai alasan.

“Munasabah juga orang yang mati pun tak selamat bila mana tanah kubur juga mahu dikorek (bagi pembinaan itu). Kami tak akan berdiam, kami akan pertahan walau satu incipun tanah wakaf di negeri ini,” tegasnya.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong berkata, DAP juga pernah membantah pengambilan tanah Bukit Cina di Melaka suatu ketika dulu, tetapi kini tergamak bertindak sebaliknya di negeri ini.

Sehubungan itu tegasnya, PAS Pulau Pinang tetap berpendirian bahawa pembangunan yang mahu dibuat kini mempunyai agenda dan motif jahat terhadap penduduk secara perkauman.

PAS Pulau Pinang kini terus menggiatkan usaha menolak projek mega Kerajaan DAP Pulau Pinang antaranya Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dan terowong dasar laut.

Projek-projek tersebut selain memerlukan biaya tersangat besar mencecah RM50 bilion, malah akan memusnahkan alam sekitar dan mengusir penduduk anak jati serta miskin keluar dari pulau ini.

Usaha yang menyamai tindakan menjadikan pulau ini seperti Singapura dan Hong Kong itu juga dilihat mempunyai motif politik dan kewangan oleh DAP ke arah penguasaan geostrategik masa depan.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...