Orang Yahudi ini masuk Islam berkat peringatan Maulid Nabi

GBN

Berikut ini adalah sebuah kisah tentang orang Yahudi yang masuk Islam berkat Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW. Kisah ini patut kita jadikan motivasi untuk menambah rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW.

Bagaimana seorang yang beragama Yahudi boleh masuk Islam gara-gara peringatan Maulidur Rasul? Apa yang membuatnya tergugah dengan hal itu?




Dikutip dari kitab Maulid Syaroful Anam, Syeikh Abdul Wahid bin Ismail bercerita, bahwa di Mesir dahulu, ada seorang lelaki yang setiap tahun mengadakan peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW. Sementara di sebelah rumahnya ada tetangganya yang beragama Yahudi.

Sang isteri Yahudi ini berkata kepada suaminya:

“Mengapa, tetangga kita yang Muslim itu, setiap bulan ini (Rabi’ul Awwal) membelanjakan harta yang banyak?”

Suami Yahudi itu menjawab,

“Itu adalah kerana dia beranggapan bahawa dalam bulan inilah nabinya dilahirkan, dia melakukan hal tersebut kerana senang dengan nabinya dan memuliakan hari kelahirannya.”

Syeikh Abdul Wahid bin Ismail melanjutkan ceritanya,

Kedua suami isteri pun diam, kemudian keduanya tidur. Dalam tidurnya, isteri Yahudi itu bermimpi dia melihat seorang lelaki yang begitu tampan, agung dan berwibawa serta sangat dimuliakan memasuki rumah tetangganya yang Muslim itu. Dan di kanan kiri lelaki tersebut ada para sahabatnya. Mereka menghormati dan mengagungkan lelaki tersebut.

Loading...

Wanita itu pun bertanya kepada pada salah seorang di antara anggota rombongan itu,

“Siapa lelaki yang tampan ini?”

Orang itu menjelaskan:

“Itulah Rasulullah SAW. Beliau masuk ke rumah ini untuk mengucapkan salam kepada penghuni rumah itu dan mengunjungi mereka yang telah menunjukkan rasa sukacita mereka atas kelahiran beliau.”

Wanita Yahudi itu pun berkata lagi,

“Mahukah orang itu berbicara dengan ku jika aku mengajaknya bicara ?”

Lelaki tadi menjawab,

“Sudah tentu beliau mahu.”

Wanita Yahudi itupun terus mendekati Nabi Muhammad SAW dan berkata,

“Wahai Muhammad!”

Nabi pun menjawab,

“LABBAIKI (aku sambut panggilanmu).”

Wanita itu pun berkata,

“Engkau menjawab orang sepertiku dengan TALBIYAH, sedangkan aku bukan mengikuti agama mu dan aku pun termasuk salah seorang antara musuhmu.”

Nabi pun bersabda kepadanya,

“Demi Dzat Yang telah mengutusku dengan haq menjadi Nabi, aku tidak menjawab panggilanmu sehingga aku mengerti bahwasanya Allah telah memberi hidayah atasmu.”

Wanita itu pun berucap,

“Sesungguhnya Tuan memang benar seorang Nabi yang mulia yang berpribadi agung, celakalah orang yang menyelisihi perintah mu dan rugilah orang yang tidak mengerti pangkat mu.”

“Ulurkanlah tangan mu, Aku menjadi saksi bahwa Tiada Tuhan selain Allah dan Engkau adalah Rasulullah SAW.”

Dalam hatinya, wanita itu berjanji kepada Allah, berniat bahawa esok pagi, dia akan sedekahkan seluruh harta yang dimilikinya dan melaksanakan jamuan untuk memperingati Maulid Nabi Shallallaahu Alaihi Wasallam, sekaligus sebagai tanda wujud rasa syukur atas ke-Islamannya dan mimpinya malam itu.

Akan tetapi, sebaik selepas dia bangun pagi, dia melihat suaminya sedang sibuk menyiapkan jamuan perayaan dengan begitu tekun dan serius.

Wanita itupun hairan dengan apa yang dilakukan oleh suaminya lalu bertanya,

“Ada apa suami ku, ku lihat engkau begitu sibuk dan bersemangat pagi ini?”

Si suami pun menjawab,

“Kerana orang yang kau lihat malam tadi, yang mana engkau masuk Islam di hadapan beliau.”

Dia bertanya kepada suaminya,

“Siapa yang telah memberitahu engkau rahasia ini dan memperlihatkannya kepada engkau?”

Si suami pun berkata,

“Nabi Muhammad yang mana aku masuk Islam setelah Engkau dihadapan beliau SAW. Beliau lah Nabi yang diterima syafaatnya kelak untuk orang yang bershalawat dan salam atas beliau.”

Subhanallah…

Sumber: Kitab Maulid Syeikh Ahmad bin Al Qasim (terkenal dengan nama Maulid Syaraful Anam)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...