Osman Sapian: PPBM boleh balas dendam terhadap UMNO di Johor

Menurut Osman, PPBM Johor boleh membalas dendam terhadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad yang berasal dari UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

عثمان ساڤيان: ڤڤبم بوليه بالس دندم ترهادڤ امنو د جوهر

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Osman Sapian membayangkan apa yang terjadi di Perak mungkin boleh juga berlaku di Johor.

Osman, yang pernah dikaitkan dengan percubaan menjatuhkan PPBM di Johor, berkata dia terkejut apabila Faizal digulingkan kerana Umno dan PPBM telah menjadi anggota gabungan yang sama yang membentuk kerajaan persekutuan dan negeri selama lapan bulan.

“Kalau ikutkan, boleh jadi balas dendam dengan melakukan perbuatan sama dilakukan wakil rakyat PPBM kepada menteri besar daripada Umno,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Osman berkata, perkara itu seeloknya diputuskan oleh kepimpinan negeri.

 “Kita tengok dahulu sama ada ia boleh berlaku di Johor atau sebaliknya. 


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Osman Sapian membayangkan apa yang terjadi di Perak mungkin boleh juga berlaku di Johor.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, digulingkan sebagai menteri besar Perak apabila gagal mendapat sokongan majoriti menerusi undi percaya yang diusulkan oleh UMNO.




Menurut Osman, PPBM Johor boleh membalas dendam terhadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad yang berasal dari UMNO.

Osman, yang pernah dikaitkan dengan percubaan menjatuhkan PPBM di Johor, berkata dia terkejut apabila Faizal digulingkan kerana Umno dan PPBM telah menjadi anggota gabungan yang sama yang membentuk kerajaan persekutuan dan negeri selama lapan bulan.

“Lebih-lebih lagi Ahmad Faizal merupakan timbalan presiden PPBM, sudah tentu mengguris perasaan kami selaku ahli parti.

“Saya sendiri selepas mendengar berita ini amat terkejut dan sedih sedangkan kita bersama lebih lapan bulan membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.

“Kalau ikutkan, boleh jadi balas dendam dengan melakukan perbuatan sama dilakukan wakil rakyat PPBM kepada menteri besar daripada Umno,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Osman berkata, perkara itu seeloknya diputuskan oleh kepimpinan negeri.

“Kita tengok dahulu sama ada ia boleh berlaku di Johor atau sebaliknya.

Loading...

“Namun segalanya terserah kepada keputusan kepimpinan parti sama ada di peringkat pusat dan negeri yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya lagi.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...