PADU gagal sebab komunikasi gagal, imej Rafizi gagal – Ahli MKT UMNO

TONTON JUGA: ANWAR SEAKAN TINDAK BERANI KAWAL UMNO

Raggie Jessy Rithaudeen

Berikut merupakan hantaran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, di Facebook berhubung kegagalan sistem PADU dan pengasasnya, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli:

PADU ITU RAFIZI, RAFIZI ITU PADU




Dulu Rafizi suka menghasut, BN itu barang naik. Najib itu 1MDB, 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia.

Rafizi dikaitkan dengan “Raja formula” gagal. Formula dia semua tidak menjadi. PADU itu Rafizi, Rafizi itu PADU. PADU dilihat gagal.

Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu PADU kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang Menteri Sarawak.

PADU gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah “Delivery System” kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir?

Puad dilihat sebagai orang kuat presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, seorang menteri dari Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta dalam sistem Padu.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, pendaftaran Padu ibarat ‘menelanjangkan diri’.

Loading...

Ini kerana orang ramai perlu mendedahkan semua butiran peribadi, termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

TONTON JUGA: ANWAR SEAKAN TINDAK BERANI KAWAL UMNO



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...