Dr Alzamani Mohammad Idrose
ڤاكر ڤروبتن كمنترين كصيحتن: ءمريكء چتوسكن چوۏيد، كامي تريما ببن حاصيل ‘كرجا’ مريك
Terdapat kritikan dari seorang ahli politik kononnya ketua kami ‘tidak turun padang’ . Ditambah lagi dengan tuduhan yang kononnya beliau ‘takut mati’.
Tan Sri Ketua Pengarah kami kami lebih efektif memerah otak memikirkan strategi utk menghentikan Covid. Sedang ahli-ahli politik tidur lena, dia tidak lena tidur memikirkan kaedah kawalan terbaik bersama semua pasukan KKM.
Beliau bukan seperti sesetengah ahli politik yang gemar datang ke hospital, meminta layanan khas dan menghabiskan masa hanya untuk mendapatkan gambar yang boleh diletakkan dalam media mereka untuk menunjukkan mereka bekerja sedangkan mereka tidakpun membantu malah menyusahkan orang.
Rakyat boleh menilai ‘nilai’ ahli politik – sama ada membantu atau menyusahkan usaha dalam perang Covid. Yang membantu tentulah kami sanjung dan berterimakasih. Namun ada yang terlepas dari Undang-undang dan masih ke sana ke mari tanpa mask tanp peduli luluh hati frontliners yang dapat melihat ‘sabotaj’ terhadap perang ini.
Ramai yang ‘cakap banyak’ tanpa sekelumitpun usaha untuk membantu. Gaji masuk, elaun masuk tetapi kerja bukan memudahkan tetapi menyusahkan. Untuk menunjukkan contoh memakai mask supaya pengikut mereka dan rakyat ikut pun tidak.
Kalau kami melakukan yang demikian, kami teramat malu. Begitu sekalikah rendahnya moral mereka sekarang hingga serendah ini hatibudi mereka dipamerkan se seluruh dunia tanpa sedikitpun rasa malu?
Rakyat juga boleh menilai siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Covid merebak kini dan siapa yang bekerja keras menerima hantaran kesan dari tindakan mereka. Mereka cetuskan Covid, kami terima beban hasil ‘kerja’ mereka dan uruskan. Lengkung graf telah berjaya di datarkan sebelum ini tetapi diledakkan kembali kerana tindakan mereka dan masih, dengan tebal muka menyalahkan rakyat dan pastinya bukan mereka.
Kami bersama Tan Sri Ketua Pengarah dan faham komitmen dan tugas mereka yang amat berfokus memikirkan cara dan strategi menyelesaikan semua masalah yang mereka timbulkan. Seorang Jeneral perang harus melakukan strategi dan untuk sampai ke tahap itu, beliau sudah pernah berperang di lapangan sebelum ini seperti kami sekarang ini.
Kami di KKM, bukan ahli politik dan sentiasa berada di atas dari semua politik ahli politik. Kami hanya mahu profesional dalam usaha kami memenangi perang virus ini.
Sesungguhnya, kedangkalan dan kerendahan moral seseorang boleh dilihat dengan mudah dari apa yang keluar dari mulut seseorang.
Frontliner
Sumber: Facebook Alzamani Mohammad Idrose
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
