
ڤاكتن هارڤن باكل چابر ڤلنتيكن سڤيكر ملاك بهارو د محكمه
Pakatan Harapan akan memfailkan saman pemula untuk mencabar kesahan pelantikan pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu.
Perkara itu dikatakan telah diumumkan menerusi kenyataan akhbar Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang juga bekas menteri besar.
“Pakatan Harapan sekali lagi menyatakan kekesalan terhadap kacau bilau yang telah ditimbulkan pihak kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional sekali gus menunjukkan kepimpinan ketua menteri yang lemah,” Ghazale dilaporkan sebagai berkata.
Keputusan itu didakwa dibuat setelah membuat perbincangan dengan peguam.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan dilaporkan akan memfailkan saman pemula untuk mencabar kesahan pelantikan pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu.
Menurut laporan portal berita Malaysiakini, Pakatan Harapan turut akan mencabar kedudukan anggota Dun (Adun) Rim Ghazale Mohamad sebagai timbalan speaker baharu.
Perkara itu dikatakan telah diumumkan menerusi kenyataan akhbar Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang juga bekas menteri besar.
“Ini telah menunjukkan pengerusi Umno Melaka sebagai seorang yang kemaruk kuasa hingga membelakangkan institusi DUN Melaka.
“Pakatan Harapan sekali lagi menyatakan kekesalan terhadap kacau bilau yang telah ditimbulkan pihak kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional sekali gus menunjukkan kepimpinan ketua menteri yang lemah,” Ghazale dilaporkan sebagai berkata.
Keputusan itu didakwa dibuat setelah membuat perbincangan dengan peguam.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
