Pakatan Harapan dakwa lantikan politik besar-besaran sebegini untuk ‘beli sokongan’ sebab majoriti tipis

Menurut MPSH, kerajaan Barisan Nasional terdahulu tidak pernah menetapkan secara dasar agar setiap ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dijamin menerima peranan utama GLC atau badan berkanun. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاكتن هارڤن دعوا لانتيكن ڤوليتيك بسر-بسرن سبڬيني اونتوق ءبلي سوكوڠنء سبب ماجوريتي تيڤيس

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) semalam membuat serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan persekutuan susulan pengumuman pelantikan semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang bukan menteri atau timbalan menteri sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam satu kenyataan, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (MSPH) berkata pelantikan berkenaan bukti kerajaan pimpinan Perikatan Nasional adalah lebih teruk daripada kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Pertama, menjadi seorang ahli Parlimen tidak bermaksud mereka mempunyai kelayakan profesional untuk menerajui GLC dan agensi kerajaan.

“Kedua, ini merupakan langkah yang jelas untuk ‘membeli’ sokongan buat kerajaan Muhyuddin yang mempunyai majoriti nipis,” katanya.


SUBANG JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) semalam membuat serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan persekutuan susulan pengumuman pelantikan semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang bukan menteri atau timbalan menteri sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam satu kenyataan, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (MSPH) berkata pelantikan berkenaan bukti kerajaan pimpinan Perikatan Nasional adalah lebih teruk daripada kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN).




Menurut MPSH, pandangan berkenaan susulan kerajaan Barisan Nasional terdahulu tidak pernah menetapkan secara dasar agar setiap ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dijamin menerima peranan utama GLC atau badan berkanun.

MPSH turut berkata tindakan menggantikan golongan profesional sebagai pengerusi dan pengurus GLC serta badan berkanun dengan lantikan politik “membuktikan kerajaan PN bukan dipilih rakyat, sebaliknya dilihat seolah-olah mahu ‘membeli sokongan’.”

“Kami mendesak agar Muhyiddin tidak mendahulukan kepentingan politik beliau melebihi kepentingan negara dan rakyat, sebaliknya melantik semula golongan profesional dihormati industri menggalas jawatan GLC dan badan berkanun sebagaimana amalan PH sebelum ini,” katanya.

Menurut MPSH lagi, ketika rakyat sedang gelisah dengan ketidaktentuan ekonomi, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mampu melantik ahli Parlimen mereka menerajui GLC dan agensi kerajaan dengan elaun dan gaji yang menelan belanja beribu-ribu ringgit.

“Pertama, menjadi seorang ahli Parlimen tidak bermaksud mereka mempunyai kelayakan profesional untuk menerajui GLC dan agensi kerajaan.

“Kedua, ini merupakan langkah yang jelas untuk ‘membeli’ sokongan buat kerajaan Muhyuddin yang mempunyai majoriti nipis.

“Tindakan ini dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan diri sekiranya undi tidak percaya diadakan di Parlimen kelak, namun sebenarnya ia berpotensi mendatangkan kesan negatif kepada prestasi GLC yang merupakan antara penyumbang utama hasil negara,” katanya.

Loading...

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...