Pakatan Harapan dijangka kalah teruk di Chini sebab ‘faktor Anwar’

“Kehadiran Pakatan Harapan di Chini seharusnya bukan untuk menumpaskan calon UMNO, tetapi untuk menilai kesan “faktor Anwar” terhadap sikap pengundi Melayu-Islam menerusi penambahan atau penurunan undi gabungan berkenaan”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤاكتن هارڤن دجڠك كاله تروق د چيني سبب ءفكتور انورء

Dalam keadaan Pakatan Harapan yang kini berpecah dan berterabur, saya bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, bahawa gabungan berkenaan tidak mampu menumpaskan Muafakat Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini.

Konstituensi Chini di Pahang pernah bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 1999, setahun selepas penubuhan parti berkenaan.




Walaubagaimanapun, Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Chini pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2004 disebabkan faktor Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang pada ketika itu disanjung sebagai “Mr Clean.”

Selagi Pakatan Harapan diketuai oleh presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, majoriti besar (supermajority) pengundi Melayu-Islam sudah pasti akan berpihak kepada Muafakat Nasional atas dasar “tidak mempercayai kemampuan Anwar.”

Seandainya Tun Dr Mahahir Mohamad pula mengetuai PH, gabungan berkenaan tetap dijangka akan kecundang atas faktor DAP, walaupun tidak seteruk kekalahan yang bakal ditimpa jika Anwar terus menyandang jawatan pengerusi gabungan.

Chini merupakan sebuah konstituensi kecil dalam parlimen Pekan yang kini dikuasai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peratusan pengundi Melayu di Chini dianggarkan sekitar 87 – 88 peratus daripada jumlah pengundi dan terdiri daripada penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru, tidak kira faktor DAP, Anwar atau Pakatan Harapan, Chini dijangka akan kekal bersama Barisan Nasional, lebih-lebih lagi memandangkan UMNO kini sudah memasuki Memorandum Persefahaman bersama PAS menerusi Muafakat Nasional.

Oleh itu, kehadiran Pakatan Harapan di Chini seharusnya bukan untuk menumpaskan calon UMNO, tetapi untuk menilai kesan “faktor Anwar” terhadap sikap pengundi Melayu-Islam menerusi penambahan atau penurunan undi gabungan berkenaan.

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...