
ڤاكتن هارڤن مشوارت بينچڠ توبوه كراجأن بهارو؟
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut laporan, mesyuarat ini turut dihadiri presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Harapan yang lain, termasuk presiden AMANAH Mohamad Sabu dan setiausaha umum DAP Lim Guan Eng.
Sumber dalaman, ketika dihubungi, mengekalkan bahawa Mahathir kini memiliki sokongan majoriti dari sekumpulan ahli parlimen dari Sabah (WARISAN), Sarawak, PPBM, UMNO dan juga penyokong atas pagar dari PKR dan AMANAH.
Apa pun, isu kem Mahathir kini isu kepartian, di mana jawatan Mahathir sebagai pengerusi PPBM didakwa terlucut secara otomatik. TTF difahamkan perkara ini bakal dipanjangkan ke Mahkamah.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut laporan, mesyuarat ini turut dihadiri presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Harapan yang lain, termasuk presiden AMANAH Mohamad Sabu dan setiausaha umum DAP Lim Guan Eng.
Inilah kali pertama Mahathir dan Shafie dikatakan berkunjung ke ibu pejabat PKR itu.
Mesyuarat yang berlangsung dikatakan bertujuan membenarkan kem Mahathir membuat penilaian-penilaian tertentu, khususnya berhubung kemungkinan bekerjasama dengan Anwar.
Sumber dalaman, ketika dihubungi, mengekalkan bahawa Mahathir kini memiliki sokongan majoriti dari sekumpulan ahli parlimen dari Sabah (WARISAN), Sarawak, PPBM, UMNO dan juga penyokong atas pagar dari PKR dan AMANAH.
Apa pun, isu kem Mahathir kini isu kepartian, di mana jawatan Mahathir sebagai pengerusi PPBM didakwa terlucut secara otomatik. TTF difahamkan perkara ini bakal dipanjangkan ke Mahkamah.
Menurut FMT, kesemua yang hadir dipercayai sedang merancang untuk membentuk kerajaan baru.
Sejauh ini telah berlaku serangkaian pertemuan antara pelbagai pihak tetapi perbincangan dipercayai masih menemui jalan buntu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
