
THE THIRD FORCE
ڤاكتن هارڤن ڤوتوسكن تياد تاريخ ڤراليهن كواس ڤردان منتري كڤد انور
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, YB Dato Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan ini dikeluarkan berikutan desakan oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang menggesa supaya PH mengumumkan tarikh perletakan jawatan Tun Dr Mahathir dan penyerahan jawatan kepada Anwar.
Gesaan ini dibuat setelah Menteri Pendidikan Maszlee Malik dinasihatkan untuk meletakkan jawatan beliau.
Menurut kenyataan tersebut, Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan bahawa tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri tidak timbul sama sekali
Jika ingin ditimbulkan juga, perlu dirujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan akan menyerahkan jawatan selepas Persidangan APEC pada hujung tahun ini.
KREDIT: TUN CARLOS
