Pakatan Nasional: Guan Eng hasut perkauman, dakwa orang bukan Islam terancam

Guan Eng membidas pendirian majoriti akhbar tempatan menyokong parti pembangkang yang didakwa kini mula memainkan polemik gagasan Pakatan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan di sebalik mengetahui gagasan baharu itu akan memisahkan hak kepentingan orang bukan Islam. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاكتن ناسيونل: ڬوان اڠ هاسوت ڤرقومان، دعوا اورڠ بوكن اسلام ترانچم

Desas-desus kerajaan baharu ‘pintu belakang’ Pakatan Nasional yang dijangka didominasi orang Islam akan memberi ancaman bahaya secara terbuka kepada orang bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Nasional akan mengundang bahaya kepada cara hidup rakyat negara ini bersandarkan kenyataan beberapa pemimpin Pas secara terang menolak pelantikan pemimpin bukan Islam sebagai menteri Kabinet terutama jawatan penting seperti Menteri Kewangan meskipun tiada halangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk spekulasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin mengadakan kerjasama dengan dua parti terbesar kaum Melayu yang kini merupakan parti pembangkang, Pas dan UMNO untuk membentuk satu pakatan politik baharu dipanggil Pakatan Nasional.

Sebelum ini, media melaporkan pertemuan tertutup antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin membuka jalan kepada Pas kepada kuasa Pusat, iaitu langkah yang akan meminggirkan DAP dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR: Desas-desus kerajaan baharu ‘pintu belakang’ Pakatan Nasional yang dijangka didominasi orang Islam akan memberi ancaman bahaya secara terbuka kepada orang bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa negara ini akan ditarik ke zaman gelap sekiranya penubuhan sebuah kerajaan yang memusuhi minoriti bukan Islam itu menjadi kenyataan.




Menurutnya, penubuhan Pakatan Nasional akan mengundang bahaya kepada cara hidup rakyat negara ini bersandarkan kenyataan beberapa pemimpin Pas secara terang menolak pelantikan pemimpin bukan Islam sebagai menteri Kabinet terutama jawatan penting seperti Menteri Kewangan meskipun tiada halangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang amalan politik pemimpin Pas dan UMNO yang berbahaya, memudaratkan dan merosakkan adalah konsisten dengan beberapa kenyataan bersifat perkauman dan menyentuh sentimen keagamaan dimainkan mereka yang dikecam MCA dan MIC sendiri.

“Antaranya membantah penyaluran dana sekolah vernakular, boikot produk dan bisnes bukan Muslim, melarang orang bukan Islam menjadi menteri Kabinet, menolak hak pengundi India dan Cina untuk mengundi, mempersoalkan kaedah sambutan dan amalan keagamaan bukan Islam serta menyebarkan pembohongan terhadap bukan Islam.

“Selain itu, kerajaan Pakatan Nasional akan membawa zaman gelap seperti di Kelantan kepada Malaysia, di mana satu-satunya perkara moden yang ada ialah kereta mewah Mercedes Benz dan pemimpin Pas mendapat bonus RM50,000, yang lebih penting daripada kemampuan membayar gaji kakitangan awam mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk spekulasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin mengadakan kerjasama dengan dua parti terbesar kaum Melayu yang kini merupakan parti pembangkang, Pas dan UMNO untuk membentuk satu pakatan politik baharu dipanggil Pakatan Nasional.

Sebelum ini, media melaporkan pertemuan tertutup antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin membuka jalan kepada Pas kepada kuasa Pusat, iaitu langkah yang akan meminggirkan DAP dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Awal minggu ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membangkitkan mengenai kemungkinan berlakunya kerjasama baharu politik itu selepas mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan tersebut yang didakwa sebagai satu cara untuk mengelakkan pertuduhan rasuah dihadapinya.

Loading...

Guan Eng turut membidas pendirian majoriti akhbar tempatan menyokong parti pembangkang yang didakwa kini mula memainkan polemik gagasan Pakatan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan di sebalik mengetahui gagasan baharu itu akan memisahkan hak kepentingan orang bukan Islam.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya pakatan mewakili semua rakyat Malaysia dan tegas menolak pandangan ekstremis perkauman serta sentimen keagamaan yang cuba mengembalikan kuasa mereka yang hilang sebelum ini.

“Disebabkan pihak ekstremis perkauman dan sentimen agama ini hilang kuasa akibat terpalit amalan rasuah dan salah laku pengurusan ekonomi negara, mereka cuba mengembalikannya dengan cara menyasarkan kepada minoriti bukan Melayu dan bukan Islam.

“PH mahu mengongsi kemakmuran yang inklusif dan bukan eksklusif kepada satu pihak semata-mata,” katanya.

Guan Eng turut mengajak semua rakyat Malaysia, bukan sahaja orang bukan Melayu dan bukan Islam untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan menyokong kesederhanaan berasaskan demokrasi, kedaulatan undang-undang, pencapaian dan integriti di samping menghormati dan melindungi rakyat.

“Konsep kesederhanaan bukan dengan cara mengecam dan membuat konfrontasi terbuka (terhadap pihak lain),” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...