Pakatan-plus akan muktamadkan keputusan dalam tujuh hari

Menurut kenyataan bersama, proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini. Sumber (gambar): Fail TTf

ڤاكتن-ڤلوس اكن معتمدكن كڤوتوسن دالم توجوه هاري

Lebih tiga jam bermesyuarat, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) hanya bertindak ‘kunci mulut’ ketika diasak media sebaik keluar dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar kira-kira jam 6.15 petang disusuli Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama ditandatangani oleh Anwar dari PKR; Mohamad Sabu dari Parti Amanah Negara (Amanah); Lim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP); Dr Mahathir dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Datuk Seri Shafie Apdal dari Parti Warisan Sabah (Warisan).


PETALING JAYA: Lebih tiga jam bermesyuarat, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) hanya bertindak ‘kunci mulut’ ketika diasak media sebaik keluar dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar kira-kira jam 6.15 petang disusuli Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Sementara itu dalam satu kenyataan PH berkata, proses memuktamadkan segala keputusan akan dibuat dalam masa seminggu.

“Pimpinan PH telah mengadakan mesyuarat bersama Dr Mahathir dan Shafie hari ini yang dipengerusikan oleh Anwar.

“Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama ditandatangani oleh Anwar dari PKR; Mohamad Sabu dari Parti Amanah Negara (Amanah); Lim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP); Dr Mahathir dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Datuk Seri Shafie Apdal dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Terdahulu mesyuarat berkenaan berlangsung sejak jam 3 petang lagi.

Pertemuan itu dikatakan bagi memuktamadkan usaha PH mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...