“Elok renungi perkara ini dalam penjara sebelum mencari pasal dengan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di luar penjara”
Raggie Jessy Rithaudeen
Najib lah…
Bila ada kuasa, Najib kata RM2.6 billon yang masuk akaun peribadi miliknya sah derma daripada Raja Arab Saudi
Bila dah tak ada kuasa, Najib mengaku hanya menganggap bahawa RM2.6 bilion itu derma Raja Arab Saudi
WAJIB TONTON: TERKINI – TSUNAMI BESAR MELAYU-ISLAM DIJANGKA TENGGELAMKAN PH-BN DI LIMA NEGERI
Bila ada kuasa, Najib memecat peguam negara (Gani Patail) walaupun tahu Gani sedang mengetuai satu pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB bersama PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.
Selepas memecat Gani, Najib menghentikan siasatan pasukan berkenaan walaupun tahu siasatan itu adalah ke atas 1MDB yang melibatkan Najib sendiri.
Maknanya, orang yang sedang disiasat mengarahkan pihak yang menyaisatnya untuk menghentikan siasatan.
Masuk akal?
Pada ketika itu, Gani sedang menyediakan kertas pendakwaan terhadap Najib untuk menghadapkan Najib ke mahkamah, dan berdasarkan penulisan Sarawak Report dan bloger-bloger yang berkait dengan sel-sel media Najib, Gani dipecat sebab kertas pendakwaan itu.
Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) kerana mengkritik kerajaan berhubung skandal 1MDB.
Bila tak ada kuasa, kita dapat tahu menerusi proses mahkamah bahawa kisah “derma Raja Arab Saudi” sebenarnya rekaan semata-mata.
Ini bermakna, Gani Patail dan Muhyiddin bercakap benar, dan pemecatan mereka satu bentuk salah guna kuasa oleh Najib untuk menyelindungi kebenaran dan mungkin juga untuk mengelakkan penangkapan.
Ini hanyalah secebis daripada berpuluh-puluh hujah yang mampu membuktikan betapa aneh dan pincangnya pentadbiran Najib dulu.
Cuba Najib renungi perkara ini dalam penjara sebelum mencari pasal dengan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di luar penjara.
Sekian.
