Puisi khas buat Perdana Menteri ku

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, Tun Dr Mahathir menujukan serangkap puisi kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang bunyinya begini:

Aku curi. Apa nak malu.

Apatah lagi aku boss kamu.


Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.

Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.

Nak malu apa. Bossku.

Bangsaku tak perlu malu.

Curilah…

Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.

Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.

Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.

Justeru, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri, saya turut ingin menujukan sebuah puisi, cuma kali ini, ditujukan bukannya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bunyinya begini:

Engkau penyangak, engkau pencuri,

Cara kencing engkau pun harus dipuji,

Hebat sungguh engkau menuding jari mu,

Walhal pencuri nombor satu engkau lah tu.

 

Apa lagi yang engkau mahu, wahai Perdana Menteri ku,

Apa lagi yang belum engkau curi dari saudara seagama ku,

Apakah dana Perwaja dan Petronas telah habis dijamah mu,

Atau adakah engkau ingin mengorek tabung budi pengundi mu?

 

Islam mewajibkan aku menerima lantikan mu,

Maka tidak syak lagi engkaulah Perdana Menteri ku,

Tetapi Islam turut menuntut agar aku menentang mu,

Dengan kadar dan had yang ditetapkan agama ku.

 

Sedarlah!

 

Sedarlah, wahai Perdana Menteri ku,

Sedarlah bahawa kami cukup sedia mengampuni mu,

Cuma ceritakan penuh ikhlas segala maksiat mu,

Nescaya anda akan diampuni saudara seagama ku.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...