Parlimen perlu adakan sidang biasa tanpa syarat, bukan ‘sidang khas’

Semalam, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Parlimen perlu bersidang menurut peruntukan undang-undang sedia ada tanpa sebarang syarat dikenakan kepada ahli-ahli parlimen, manakala tempoh persidangan sebelum 1hb Ogos 2021 perlu berpadanan dengan tempoh lazim bagi membenarkan Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan berkaitan dibahas sebelum tamat Darurat”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤرليمين ڤرلو اداكن سيدڠ بياسا تنڤا شرط، بوكن ءسيدڠ خاصء

Sertai INSTAGRAM TTF di sini

Persidangan Parlimen, jika diadakan sebelum 1hb Ogos 2021, perlu merupakan persidangan biasa dan bukannya diklasifikasikan sebagai persidangan khas sepertimana yang diumumkan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun.

Ini kerana tidak ada apa-apa yang menghalang parlimen daripada bersidang dalam tempoh Darurat, sepertimana titah Yang Di-Pertuan Agong bertarikh 24hb Febuari 2021.




Justeru, parlimen perlu bersidang menurut peruntukan undang-undang sedia ada tanpa sebarang syarat dikenakan kepada ahli-ahli parlimen, manakala tempoh persidangan sebelum 1hb Ogos 2021 perlu berpadanan dengan tempoh lazim bagi membenarkan Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan berkaitan dibahas sebelum tamat Darurat.

Saya membuat kenyataan ini dengan merujuk kepada kenyataan bersama Rais Yatim dan Azhar Azizan Harun, yang berkata satu ‘sidang khas’ telah dicadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka menzahirkan pandangan itu susulan sesi menghadap dengan Rais dan Azhar di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun lalu.

Turut hadir pada sesi sembah menghadap yang berlangsung selama satu jam itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad serta kedua-dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Muhyiddin ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun lalu pula menyatakan sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut SOP ditetapkan.

Namun, Al-Sultan Abdullah selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan pelan pemulihan negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Loading...

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah selama 29 hari hingga 17 Disember tahun lalu. Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Parlimen wajib bersidang dalam tempoh enam bulan daripada tarikh akhir persidangan.

Diubahsuai daripada laporan asal oleh Berita Harian

WAJIB BACA: 

Titah Agong terkini tamparan kencang buat kerajaan pimpinan Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...