Khairuddin Abu Hassan
ڤرتي برساتو برتڠڬوڠجواب سراه سمولا كواس كڤد قليڤتوكرتس
Wan Saiful Wan Jan sudah mabuk ketum kini kerana dia lupa orang yang bertanggungjawab serah kuasa kembali kepada puak kleptokrat adalah tokoh-tokoh pemimpin parti Bersatu.
Kita menang PRU14 di bawah Pakatan Harapan tetapi akhirnya Mahiaddin Mad Yassin serta beberapa lagi pemimpin-pemimpin Bersatu mengkhianati serta menjatuhkan kerajaan PH melalui ‘langkah sheraton!!’
Bersatu sanggup berkerjasama dengan golongan kleptokrat demi untuk berpaut pada kuasa khususnya sikap rakus Mahiaddin Mad Yassin hendak jadi perdana menteri malaysia.
Mulai detik itulah kerajaan ‘tebuk atap’ PN diasaskan oleh pemimpin-pemimpin parti Bersatu.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, Datuk Wira Marzuki Yahaya, Datuk Wira Amiruddin Hamzah dan Dato Seri Shahruddin Md Salleh adalah tokoh-tokoh berprinsip yang menolak untuk bekerjasama dengan puak kleptokrasi dari awal lagi sehingga dipecat oleh Bersatu seterusnya menubuhkan parti Pejuang.
Ketua penerangan parti Bersatu kemungkinannya ‘tak cukup segi’ atau mabuk ketum kerana dia cepat lupa sejarah.
Presiden parti Bersatu lah yang menyatakan politik itu ‘seni segala kemungkinan’ dan bertanggungjawab bekerjasama semula dengan kalangan kleptokrats untuk tubuh kerajaan ‘tebuk atap’ PN menggantikan kerajaan PH.
Kini, budak sewel ini selaku ketua penerangan Bersatu menyatakan parti tersebut ditubuhkan untuk lawan kleptokrats!!
Di manakah logiknya kenyataan budak Wan Saiful Wan Janini?!
Macamana presiden parti Bersatu itu ‘bodoh;’ begitulah juga dengan kebodohan ketua penerangannya!!
Disebabkan oleh pemimpin-pemimpin Bersatu yang bodohlah telah menyebabkan puak kleptokrats kembali berkuasa mentadbir negara!!
Bersatu harus bertanggungjawab di atas pengkhianatan ini yang bercanggah dengan kemahuan majoriti rakyat pada pru14 yang lepas menolak kerajaan kleptokrasi.
WAJIB BACA:
