
ڤرتي ڤجوڠ تانه اير ﴿ڤجوڠ﴾ دجڠك دلولوسكن دالم ماس تردكت
Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dijangka akan diluluskan sebagai sebuah parti berdaftar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam masa terdekat.
Ini susulan tindakan Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG (JPP) mengemukakan kepada pihak JPPM perlembagaan parti yang dikemaskini sepertimana yang diminta oleh JPPM baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG, Dato’ Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah berkata perlembagaan yang dikemaskini itu mengandungi beberapa pindaan kecil berdasarkan pandangan Ketua Pengarah JPPM.

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dijangka akan diluluskan sebagai sebuah parti berdaftar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam masa terdekat
Ini susulan tindakan Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG (JPP) mengemukakan kepada pihak JPPM perlembagaan parti yang dikemaskini sepertimana yang diminta oleh JPPM baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG, Dato’ Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah berkata perlembagaan yang dikemaskini itu mengandungi beberapa pindaan kecil berdasarkan pandangan Ketua Pengarah JPPM.
Menurut Amiruddin, pandangan itu disampaikan dalam satu perbincangan melibatkan dirinya dan Ketua Pengarah JPPM yang diadakan pada 28hb September 2020.
Terdahulu, pada 19hb Ogos 2020, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku presiden PEJUANG secara rasmi menyerahkan dokumen pendaftaran parti itu di pejabat JPPM di Putrajaya.
Ini disusuli dengan pembukaan ‘Borang Tunjuk Minat’ secara dalam talian pada 1hb September 2020 bagi mengumpulkan butiran pemohon yang berminat menyertai PEJUANG sementara menunggu pendaftaran parti itu diluluskan.
TTF difahamkan bahawa ‘Borang Tunjuk Minat’ yang dilancarkan itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, termasuk dari akar umbi, pemimpin bahagian dan cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sudah atau masih belum meninggalkan parti itu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

