PAS beri alasan Muafakat Nasional tidak boleh didaftar kerana ‘orang lain dah daftar’

Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama Muafakat Nasional. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاس بري السن موافقة ناسيونل تيدق بوليه ددفتر كران ءاورڠ لاين ده دفترء

Pada 12hb Disember 2020, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan bawaha Muafakat Nasional tidak sekali-kali akan didaftarkan sebagai gabungan rasmi untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15.

Hari ini pula, PAS tiba-tiba membincangkan isu pendaftaran gabungan itu, seolah-olah persetujuan sudah lama dicapai untuk mendaftarkannya.

Walaubagaimanapun, PAS memberi alasan ‘unik’ mengapa pendaftaran Muafakat Nasional masih belum dilakukan.

“Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna,” dakwa Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.


IPOH: Pada 12hb Disember 2020, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan bawaha Muafakat Nasional tidak sekali-kali akan didaftarkan sebagai gabungan rasmi untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15.

Hari ini pula, PAS tiba-tiba membincangkan isu pendaftaran gabungan itu, seolah-olah persetujuan sudah lama dicapai untuk mendaftarkannya.




Walaubagaimanapun, PAS memberi alasan ‘unik’ mengapa pendaftaran Muafakat Nasional masih belum dilakukan.

“Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna,” dakwa Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS dan beliau tidak tahu macam mana ianya terjadi.

“Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya kepada media sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Persoalannya, mengapakah UMNO dan PAS tunggu sehingga sekarang untuk mendaftarkan gabungan itu?

Sesiapa pun tahu gabungan sebegini perlu didaftarkan secepat mungkin bagi mengelakkan situasi di mana orang lain mengambil kesempatan dan mendaftarkannya dahulu.

Apa pun, Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama tersebut.

Loading...

“Setakat ini belum ada (cadangan), jadi kita berjalan dengan kekalkan nama MN tetapi tidak didaftarkan,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...