
Raggie Jessy Rithaudeen
PAS hari ini mengingatkan Abu Bakar Hamzah agar tidak mencampuri urusan parti lain.
Ini selepas Menteri Besar Perlis dari Bersatu itu mencadangkan agar tiga bekas Adun PAS dikekalkan sebagai wakil rakyat walaupun berstatus Bebas.
Tegas Ahmad Fadhli Shaari, tiga bekas Adun itu terhenti keahlian kerana langgar disiplin yang termaktub jelas dalam Perlembagaan PAS.
“PAS tidak boleh bertolak ansur dengan isu disiplin seperti ini.
“MB cukup jaga negeri dan pastikan tidak jadi MB Perlis tersingkat dalam sejarah, cukup dah tu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Persoalannya, siapa yang mencampuri urusan siapa?
Kalau tiga Adun itu sudah digugur keahlian, dan kalau Fadhli sendiri mengaku PAS tidak boleh bertolak ansur, kenapa PAS menyibuk dengan cadangan MB Perlis?
Bukankah PAS yang kini mencampuri urusan MB Perlis???
Bodo’ tak bodo?
Seperkara lagi… Apakah maksudkan “pastikan tidak jadi MB Perlis tersingkat dalam sejarah?”
Adakah PAS bercadang nak tebuk atap Perlis sekali lagi??
