PAS, GPS harus bersama Mahathir tubuh kerajaan baharu lebih mantap

Agenda politik sempit wajib diketepikan, semua pihak mesti melihat pada perspektif yang lebih luas. Agenda untuk bangunkan ‘Malaysia Baharu’ amat penting dari kepentingan peribadi. Sumber (gambar): Fail TTF

“Sesungguhnya, PAS telah dimainkan serta dipersendakan saja oleh UMNO dan BN, UMNO hanya pandang PAS sebelah mata saja”

Khairuddin Abu Hassan

ڤاس، ڬڤس هاروس برسام محضير توبوه كراجأن بهارو لبيه منتڤ

PAS harus belajar dari sejarah silam di mana UMNO sama sekali tidak akan bersikap ikhlas dengan mereka.

Bila UMNO tersepit dan hadapi masalah ditolak oleh rakyat malaysia; barulah kini mereka mencari satu formula untuk mempergunakan PAS bagi mendapat sokongan untuk terus berkuasa.

Parti UMNO sedang memperbodohkan PAS semata-mata demi survival kuasa politik mereka. Lihat saja apa yang sedang berlaku di Sabah di saat menghadapi PRN Sabah.




Sesungguhnya, PAS telah dimainkan serta dipersendakan saja oleh UMNO dan BN, UMNO hanya pandang PAS sebelah mata saja.

Hakikatnya, PAS telah dihina oleh UMNO dan BN untuk menghadapi PRN Sabah!

Sebenarnya tidak ada alasan langsung untuk PAS bergabung dengan UMNO serta BN kerana reputasi mereka amat teruk di kacamata rakyat.

Lihat saja PRN Sabah di mana satu kerajaan ‘tebuk atap’ bertembung sesama sendiri di 17 kerusi DUN.

Inilah mutu kepimpinan Muhyiddin Yassin yang sedang menggali ‘kuburnya’ sendiri. Beliau sudah buat salah percaturan politik yang sedang memakan dirinya sendiri.

Mungkin juga ini balasan tuhan pada Muhyiddin Yassin yang telah mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad. Jangan sama sekali kita percayai manusia yang watak dan perangai buruk macam Muhyiddin Yassin.

Beliau manusia yang tak tahu nak berbudi serta tidak mampu untuk mengenang budi Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak berkorban bagi menggemilangkan parti PPBM.

Loading...

Akhirnya, Muhyiddin Yassin ‘sampai hati’ untuk pecat seorang sahabat sendiri yang banyak berkorban pada beliau di usia selanjut ini demi mencapai cita-cita rakus menjawat jawatan PM8.

Sebab itu saya dari hari pertama penubuhan parti PPBM sudah mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan percaya pada manusia ‘hipokrit’ Muhyiddin Yassin.

Keahlian parti PPBM saya nombor 18 dan merupakan orang pertama isytihar keluar parti kerana sikap ‘hipokrit’ Muhyiddin yassin terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Percayalah, dari awal saya sudah dapat hidu dan membaca percaturan dan perancangan jahat politik Muhyiddin Yassin.

Hakikatnya, reputasi buruk UMNO dan BN masakini bakal mengheret PAS secara bersama untuk ‘jatuh menjunam’.

Pemimpin-pemimpin PAS sepatutnya sudah boleh menghidu percaturan politik UMNO yang hanya mahu ‘memperkudakan’ PAS saja.

Kalau lihat pada kajian populariti yang dijalankan oleh Dato Seri Syed Arabi Idid dari UIAM; keputusan kajilidek menunjukkan pihak pembangkang masakini akan tetap memenangi PRU15 yang akan datang.

Kerajaan ‘tebuk atap’ tidak diterima rakyat Malaysia serta dunia luar juga tak mengikhtiraf kerajaan ‘pintu belakang’ ini. Lambat laun kerajaan ‘tebuk atap’ ini bakal tumbang

Demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia; parti PAS harus duduk semeja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi melakarkan satu perikatan baru antara parti-parti kearah mengujudkan sebuah kerajaan yang kuat serta diiktiraf oleh dunia luar.

GPS juga mesti mempertimbangkan kemungkinan ini demi bagi mengujudkan sebuah negara yang diterajui oleh kerajaan yang berwibawa.

Agenda politik sempit wajib diketepikan, semua pihak mesti melihat pada perspektif yang lebih luas. Agenda untuk bangunkan ‘Malaysia Baharu’ amat penting dari kepentingan peribadi.

Sebuah negara Malaysia Baharu mesti diujudkan secara serta merta agar satu anjakan paradigma dapat berlaku demi kesejahteraan masa depan keseluruhan rakyat.

Mempercayai UMNO dan BN satu kesilapan besar buat PAS, dulu, kini dan selamanya UMNO tidak akan ikhlas sama sekali dengan PAS.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...