
Raggie Jessy Rithaudeen
Bila PAS mahu Umno menarik sokongan terhadap kerajaan, bukan main lagi pemimpin tertentu dari parti itu pujuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, siap ditawar jawatan Perdana Menteri.
Malah, Sanusi sendiri mencadangkan agar Muafakat Nasional dihidupkan kembali.
Namun, bila Umno menolak cadangan PAS, tiba-tiba pemimpin Umno dituduh ada beban.
Jadi, saya nak tanya Sanusi, masa PAS tawar jawatan PM kepada Zahid dan bila kamu sendiri canang pengaktifan semula MN, adakah PAS tidak tahu kononnya pemimpin Umno ini ada beban?
Atau PAS memang tahu tapi halalkan sebab terdesak hendak runtuhkan kerajaan, dan bila rancangan tidak menjadi, awak marah dan terus mula menyerang Umno?
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH DI SINI
