
‘ڤاس كالاو سوكوڠ ڤڤبم برتنديڠ د كروسي ڤاسير سالق، كاو سياڤ’
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran keras kepada PAS untuk berjaga-jaga seandainya parti itu membantu PPBM di kerusi yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, meskipun UMNO menghormati keputusan PAS untuk masih bersama PPBM, namun UMNO tetap berharap PAS akan kekal menyokong parti itu.
“Kalau dia tengok Bersatu bertanding di Bukit Bintang, sokonglah sebab Umno tak tanding. Bersatu nak tanding Kepong, tandinglah, PAS nak turun ramai-ramai berkempen untuk Bersatu pun tiada yang halang.
“Tapi kalau Pasir Salak, Bersatu tanding, PAS jangan sokong Bersatu. Kalau sokong kau siap. Warning tu,” katanya kepada pemberita.
PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran keras kepada PAS untuk berjaga-jaga seandainya parti itu membantu PPBM di kerusi yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, meskipun UMNO menghormati keputusan PAS untuk masih bersama PPBM, namun UMNO tetap berharap PAS akan kekal menyokong parti itu.
“Mungkin ada formulanya yang dia (PAS) bersama dengan Bersatu tetapi tak susahkan Umno, iaitu di mana Umno bertanding, jangan kau (PAS) tolong pula Bersatu bantai kita. Itu maksud saya.
“Kalau dia tengok Bersatu bertanding di Bukit Bintang, sokonglah sebab Umno tak tanding. Bersatu nak tanding Kepong, tandinglah, PAS nak turun ramai-ramai berkempen untuk Bersatu pun tiada yang halang.
“Tapi kalau Pasir Salak, Bersatu tanding, PAS jangan sokong Bersatu. Kalau sokong kau siap. Warning tu,” katanya kepada pemberita sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu kerjasama PPBM, PAS dan UMNO diteruskan selepas PRU15.
Minggu lalu, UMNO mengesahkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan Perikatan Nasional menjelang PRU15.
Susulan itu PPBM mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya (MPT) dan memutuskan untuk meneruskan kerjasamanya dengan rakan-rakan komponen Perikatan Nasional sambil mengambil maklum keputusan MKT UMNO.
Sebelum ini, TTF membongkarkan keputusan majoriti ketua bahagian UMNO untuk memutuskan terus kerjasama parti itu dengan PPBM berkuat kuasa serta merta, bukannya menjelang Plihan Raya Umum ke-15.
Namun, MKT UMNO yang dikuasai gandingan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penetapan yang berbeza dengan kehendak majoriti apabila bersetuju untuk bersekutu dengan PPBM sehingga parlimen dibubarkan.
Perkara ini menimbulkan kemarahan di kalangan ramai ketua bahagian, cawangan dan ahli parlimen yang kini sedang menimbangkan langkah seterusnya sekiranya Zahid tidak mengorak langkah untuk memutuskan kerjasama dengan PPBM.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
WAJIB BACA:
Terbongkar lagi, kali ini bagaimana Zahid tipu majoriti pemimpin UMNO
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
