PAS merungut ‘tersisih’ dalam pembahagian jawatan di Johor

Menurut Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, PAS Johor sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan MB Johor dan Exco yang berkaitan namun nampaknya ia tidak membuahkan hasil yang positif. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاس مروڠوت ءترسيسيهء دالم ڤمبهاڬين جاوتن د جوهر

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abdullah Husin berkata, PAS Johor memberi perhatian serius terhadap perkembangan muktakhir berkaitan dengan pembahagian jawatan Ahli Majlis (AM) dan Ketua Kampung (KK) di seluruh negeri yang telah diluluskan oleh Menteri Besar (MB) Johor.

Dalam satu kenyataan, Abdullah Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) tiada lantikan nakil PAS sepertimana yang dipersetujui dalam satu perbincangan sebelum ini.

“PAS Johor juga telah menggunakan platform mesyuarat MN untuk membawa hasrat yang akhirnya telah dipersetujui bersama namun hasilnya adalah sangat mendukacitakan.

“PAS Johor tetap berpegang kepada arahan Presiden PAS supaya terus memperkasa Muafakat Nasional dan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional namun sekiranya perkara ini tidak diperbaiki maka dibimbangi tindakan MB Johor ini akan mengeruhkan lagi keadaan.”


PETALING JAYA: Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abdullah Husin berkata, PAS Johor memberi perhatian serius terhadap perkembangan muktakhir berkaitan dengan pembahagian jawatan Ahli Majlis (AM) dan Ketua Kampung (KK) di seluruh negeri yang telah diluluskan oleh Menteri Besar (MB) Johor.

Dalam satu kenyataan, Abdullah Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) tiada lantikan nakil PAS sepertimana yang dipersetujui dalam satu perbincangan sebelum ini.




“Sebelum itu, PAS Johor tidak dipanggil untuk mengadakan perbincangan bagi lantikan KK di seluruh negeri Johor yang menyaksikan bahawa PAS hanya diberikan sebanyak 36 KK yang mewakili hanya 5% KK di seluruh negeri Johor.

“Apa yang berlaku ini memberikan isyarat yang salah dalam usaha memperkasa Muafakat Nasional di Johor khususnya, sejak dari mula penubuhan kerajaan baharu pada bulan Mac tahun lalu,” katanya.

Menurut Abdullah lagi, PAS Johor sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan MB Johor dan Exco yang berkaitan namun nampaknya ia tidak membuahkan hasil yang positif.

“PAS Johor juga telah menggunakan platform mesyuarat MN untuk membawa hasrat yang akhirnya telah dipersetujui bersama namun hasilnya adalah sangat mendukacitakan.

“PAS Johor tetap berpegang kepada arahan Presiden PAS supaya terus memperkasa Muafakat Nasional dan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional namun sekiranya perkara ini tidak diperbaiki maka dibimbangi tindakan MB Johor ini akan mengeruhkan lagi keadaan.”

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...