PAS: Pertukaran Speaker dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya isyarat Pilihan Raya dekat

Pemuda Pas gesa seluruh jentera di semua peringkat bersedia berhadapan dengan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاس: ڤرتوكرن سڤيكر دڠن بكس ڤڠروسي سوروهنجاي ڤيليهن راي عشارت ڤيليهن راي دكت

PAS menyifatkan pertukaran Speaker Dewan Rakyat dan pencalonan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan @ Harun ke jawatan tersebut sebagai isyarat besar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlaku dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, keputusan mencalonkan Azhar yang meletakkan jawatan dalam SPR pada akhir bulan lalu mengejutkan Pemuda Pas kerana seolah-olah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar PRU15 akan diadakan.

Menurut beliau, Pemuda PAS menyokong pertukaran speaker jika ia mampu mengukuhkan lagi keputusan pihak kerajaan mengadakan PRU secepat yang mungkin.

Khairil turut dilaporkan sebagai berkata, kredibiliti Speaker baharu yang terkenal dengan beberapa isu kontroversi berkaitan dengan Melayu dan Islam, apabila dinaikkan menjadi Speaker pastinya akan menimbulkan beberapa persoalan.


PETALING JAYA: PAS menyifatkan pertukaran Speaker Dewan Rakyat dan pencalonan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan @ Harun ke jawatan tersebut sebagai isyarat besar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlaku dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, keputusan mencalonkan Azhar yang meletakkan jawatan dalam SPR pada akhir bulan lalu mengejutkan Pemuda Pas kerana seolah-olah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar PRU15 akan diadakan.




Kata beliau, persoalan tentang usaha menukar Speaker itu terjawab apabila ia diusulkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Parlimen yang bermula hari ini.

“Keputusan ini agak mengejutkan bagi Pemuda PAS kerana seolah-olah ia adalah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar bahawa PRU akan berlaku dalam masa terdekat.

“Dengan keadaan undi belah bahagi yang memperlihatkan sokongan pengosongan jawatan speaker ini sebanyak 111 (menyokong) dan yang tidak menyokong sebanyak 109.

“Maka isyarat ini lebih kuat untuk memastikan pengukuhan kerajaan perlu dilakukan oleh mana-mana pihak dengan menyerahkan semula mandat pemilihan kerajaan kepada rakyat,” Khairil dilaporkan berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pemuda PAS menyokong pertukaran speaker jika ia mampu mengukuhkan lagi keputusan pihak kerajaan mengadakan PRU secepat yang mungkin.

Khairil turut dilaporkan sebagai berkata, kredibiliti Speaker baharu yang terkenal dengan beberapa isu kontroversi berkaitan dengan Melayu dan Islam, apabila dinaikkan menjadi Speaker pastinya akan menimbulkan beberapa persoalan.

Menurutnya, desas-desus Azhar akan dicalonkan sebagai Speaker juga sebelum ini tular di media sosial.

Loading...

Bagaimanapun, tegasnya, bagi Pemuda Pas, jika isyarat pembubaran Parlimen itu adalah benar, maka seluruh jentera di semua peringkat perlu bersedia berhadapan dengan kemungkinan itu.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...