TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤاس ستوجو ڤڽرتعان دوا بكس ادون-دڤ دالم ڤريكتن ناسيونل؟
Tindakan dua bekas ADUN DAP menyertai PPBM hari ini menimbulkan tanda tanya berhubung komitmen PPBM terhadap “perjuangan penyatuan ummah” dan gandingannya bersama PAS menerusi Perikatan Nasional.
Mei tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa salah satu sebab utama PPBM bertindak keluar dari gabungan Pakatan Harapan adalah untuk mencantas DAP.
“Ketika keputusan dibuat (pada pertemuan terakhir majlis presiden PH) dan saya mendapat sokongan penuh PH, saya memberitahu Muhyiddin, mengapa kita harus berhenti dari PH ketika saya mendapat sokongan penuh?
“Jika ada alasan lain, tunggu, kami akan berhenti dari PH. Tetapi dia (Muhyiddin) berpendapat bahawa kita perlu berhenti dari PH hari ini, jika tidak, orang Melayu akan dihancurkan oleh DAP. ”
Kemudian, apabila PPBM bertindak mengkhianati Mahathir dan bersekutu dengan puak kleptokrat UMNO yang ditentangnya satu ketika dulu, alasan yang diberikan ialah keperluan untuk menubuhkan “kerajaan Melayu-Islam” bagi memelihara kepentingan ummah dari ancaman musuh.
Namun, setelah bersekutu dengan PAS, PPBM mula bercakaran dengan UMNO dan bergelut untuk kuasa dan kedudukan menerusi rampasan kuasa di beberapa buah negeri dan Pilihan Raya Negeri di Sabah.
Tidak cukup dengan itu, PPBM, yang asalnya ditubuhkan untuk menjadi pengganti kepada UMNO sebagai pembela maruah Melayu, tiba-tiba membuka pintu kepada golongan bukan Islam.
PAS hanya duduk memerhati segala gelagat sekutunya itu walaupun mengaku ‘bermuafakat’ dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional.
Malah, pemimpin PAS sendiri mula bercakaran dengan pemimpin UMNO dalam hampir segala isu, termasuklah isu agihan kerusi di beberapa buah negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Kesemua ini menjurus kepada perpecahan ummah dan rasa meluat masyarakat Melayu-Islam terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PPBM.
Kini, setelah menggunakan DAP sebagai alasan untuk mengkhianati Mahathir dan meruntuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, PPBM tiba-tiba bersetuju untuk menerima dua bekas ADUN DAP bagi mengukuhkan kedudukannya dalam arena politik kebangsaan.
Apakah PAS masih akan membisu kali ini sepertimana ianya membisu ketika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan ketersediaan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP?
Atau adakah PAS akan bersuara dan mengaku kegagalan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional untuk meyatukan ummah disebabkan sikap rakus wang, kuasa dan kedudukan pemimpin-pemimpin PPBM, UMNO dan PAS?
WAJIB BACA:
There is a Mexican Standoff, and what happens next will change Malaysian politics forever
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
