
Raggie Jessy Rithaudeen
Berikut merupakan pandangan saya berhubung peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan soal pengganti beliau:
1. Muhyiddin meletakan jawatan sebab beliau tahu PN sedang merosot dan akan hilang banyak kerusi pada PRU16.
2. Justeru, Muhyiddin tidak mahu dipersalahkan selepas PRU16 jika beliau terus mengemudi PN.
3. Peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN turut akan mengelakkan risiko berlaku tekanan luarbiasa dari dalam Bersatu agar beliau melepaskan jawatan presiden jika PN jatuh teruk pada PRU16.
4. Jika PAS mengambil alih kepimpinan PN, PAS akan dipersalahkan.
5. Muhyiddin juga mahu elak PAS dan Umno menghidupkan semula Muafakat Nasional selepas parlimen bubar, sekalipun kemungkinan perkara ini berlaku amat tipis.
6. ‘Timing’ (pilihan masa) di mana Muhyiddin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PN menandakan beliau tahu PRU16 sudah dekat (mungkin pertengahan atau hujung tahun ini).
7. Masalahnya, PAS tidak yakin mengemudi PN, dan dari awal lagi, PAS mahu Datuk Seri Hamzah Zainudin mengemudi gabungan itu.
8. Namun, PAS terperangkap apabila Muhyiddin tiba-tiba letak jawatan.
9. Jika PAS mencalonkan Hamzah, akar umbi parti yang sudah cukup bengang dengan pucuk kepimpinan akan mengamuk.
10. Mereka akan desak perubahan pucuk kepimpinan kerana sanggup ‘serah’ balik PN kepada Bersatu walaupun diberi laluan untuk mengemudi gabungan itu, lebih-lebih lagi selepas peristiwa ‘tebuk atap sendiri’ di Perlis, di mana PAS seolah-olah ‘serah’ Perlis kepada Bersatu.
11. PAS juga terlalu berpuak, menyebabkan golongan ulama dan professional tidak sepakat dalam soal siapa harus mengemudi PN.
12. Kalau ditanya golongan ulama, jawabnya Tan Sri Abdul Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man perlu dilantik sebagai Pengerusi PN.
13. Kalau ditanya golongan professional, jawabnya Dr Samsuri perlu jadi Pengerusi.
14. Ada juga puak bukan ulama, bukan professional yang mahu Sanusi Md Nor menerajui PN.
15. Siapa jua yang akhirnya dipilih akan mengundang rasa tidak puas hati yang meluas dan berisiko memecahkan PAS.
16. Secara tidak langsung, Muhyiddin berjaya menonjolkan ‘budaya berpuak’ ini dengan meletakkan jawatan secara tiba-tiba.
17. Kesimpulannya, walaupun Hadi mendesak diadakan mesyuarat tergempar, ianya tidak lebih daripada ‘damage control’.
18. Hadi sendiri tengah pening kepala siapa harus kemudi PN.
19. Sebab itu Hadi sebut bahawa mesyuarat tergempar yang diusulkan wajar bertumpu kepada soal peletakan jawatan Muhyiddin, bukannya siapa harus ganti Muhyiddin.
20. Hakikatnya, Hadi sendiri cuba membeli masa, namun statement beliau tak logik.
21. Ini kerana mesyuarat yang bakal diadakan sudah pasti akan membincangkan soal pengganti Muhyiddin sebaik sahaja peletakan jawatan beliau dimuktamadkan.
22. Jika PAS gagal menamakan calon pilihan mereka, sudah pasti kem Muhyiddin akan mengambil kesempatan untuk mengusulkan pelantikan semula Muhyiddin sebagai Pengerusi atas dasar ‘PAS tidak bersedia mengemudi PN’.
23. Namun Muhyiddin dijangka menolak kerana tidak mahu dipersalahkan apabila PN hilang banyak kerusi pada PRU16.
24. Sebagai penyelesaian, tidak mustahil Muhyiddin mencalonkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengerusi baru PN.
