PAS tersepit, UMNO bakal terbelah dua

Amat sukar bagi PAS dan UMNO bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, dan sokongan Melayu-Islam terhadap kedua-dua parti ini (yang kini berada pada tahap paling teruk dalam sejarah, rujuk pendedahan di bawah) dijangka bertambah teruk jika kerjasama terjalin. Sumber (gambar): Fail TTF

“Pandang kiri kanan, kerjasama PPBM, UMNO dan PAS tidak mungkin berlaku dalam mana-mana kombinasi, melainkan ketiga-tiga parti ini bersedia untuk dibelasah lebih teruk daripada apa yang dijangkakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤاس ترسڤيت، امنو باكل تربله دوا

PAS tidak mungkin akan mendapat sebarang manfaat jika bekerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, dan perkara ini sudahpun disedari oleh kepimpinan tertinggi parti.

Begitu juga, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedar bahawa UMNO tidak akan mendapat sebarang manfaat jika bekerjasama dengan PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.




Sebenarnya, akar umbi UMNO sudah lama menolak kerjasama antara UMNO dan PAS atas beberapa sebab, antaranya:

1. PAS dianggap sebagai ‘pengkhianat’ apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding Zahid dan Najib,

2. PAS memberi keutamaan kepada Perikatan Nasional berbanding Muafakat Nasional, biarpun Muafakat Nasional ditubuhkan terlebih dahulu, sebelum Langkah Sheraton,

3. PAS bertindak menyertai Perikatan Nasional biarpun rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional, UMNO, tidak bersetuju dan berpendapat bahawa penenkanan harus diberi kepada Muafakat Nasional, bukannya Perikatan Nasional.

Akar umbi PAS pula tidak berpuas hati dengan UMNO atas beberapa sebab, antaranya:

1. Kluster Mahkamah enggan menyertai Perikatan Nasional dan terlalu mementingkan agenda peribadi Najib dan Zahid.

2. UMNO meminggirkan terus PAS pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Loading...

3. UMNO gagal mendaftarkan Muafakat Nasional bersama PAS dan tidak berniat mendaftarkannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

4. UMNO akan hanya bertanding di bawah bendera Barisan Nasional dan tidak mungkin bersetuju untuk bertanding di bawah bendera lain, termasuk bendera Muafakat Nasional.

5. Kluster Mahkamah berunding secara rahsia dengan DAP ke arah pembentukan jajaran politik baharu melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, sekaligus mengenepikan Muafakat Nasional dan mengkhianati kepercayaan PAS.

Jadi amat sukar bagi PAS dan UMNO bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, dan sokongan Melayu-Islam terhadap kedua-dua parti ini (yang kini berada pada tahap paling teruk dalam sejarah, rujuk pendedahan di bawah) dijangka bertambah teruk jika kerjasama ini terjalin.

RUJUK PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Sebenanya, PAS dari awal lagi terdesak untuk mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dan sengaja memasuki Perikatan Nasional tanpa restu UMNO.

Ini kerana Hadi terlalu yakin bahawa Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri dan menerajui kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Andai kata Muhyiddin masih bergelar Perdana Menteri, PAS sudah pasti boleh mengharapkan sokongan beliau untuk membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15, berbekalkan jentera kerajaan dan bantuan kewangan daripada kroni-kroni kerajaan.

Malangnya, bukan hanya Muhyiddin berjaya digulingkan, PAS akan dihukum oleh saki baki penyokongnya jika parti itu tetap berdegil untuk berdamping dengan PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana PPBM hampir tidak memiliki jentera Pilihan Raya atau akar umbi, dan jika berlaku kerjasama antara PPBM dan PAS, kerjasama ini langsung tidak menguntungkan PAS, malah berpotensi melumpuhkan PAS jika jentera Pilihan Raya parti itu yang cukup terhad digunakan bagi membantu PPBM.

Jadi tinggal satu cara sahaja jika PAS ingin meneruskan juga kerjasamanya bersama PPBM, iaitu jika UMNO tiba-tiba bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional dan bertanding menggunakan bendera Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika ‘keajaiban’ ini berlaku, PAS boleh menggunakan “penyatuan ummah” sebagai alasan kenapa Perikatan Nasional merupakan gabungan yang lebih berjaya berbanding Muafakat Nasional dan harus disokong oleh Melau-Islam.

Malangnya, strategi ini akan hanya menguntungkan PPBM dan PAS, bukannya UMNO.

Ini kerana PPBM dan PAS akan berpaut terus pada jentera Pilihan Raya UMNO bagi kerusi-kerusi di kawasan bandar, manakala UMNO akan dihukum teruk oleh penyokongnya kerana membantu PPBM dan PAS.

Lagi pun, Perhimpunan Agung UMNO sudah menetapkan bahawa UMNO tidak boleh bekerjasama dengan PPBM di Pilhan Raya Umum ke-15, dan keputusan ini adalah muktamad, melainkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO yang seterusnya dan keputusan ini diubah.

Jadi pandang kiri kanan, kerjasama PPBM, UMNO dan PAS tidak mungkin berlaku dalam mana-mana kombinasi, melainkan ketiga-tiga parti ini bersedia untuk dibelasah lebih teruk daripada apa yang dijangkakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Kepimpinan UMNO sedia maklum akan kebenaran ini, dan atas sebab itulah Zahid enggan bekerjasama dengan PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Namun, ada pihak dari dalam UMNO yang sengaja dikerahkan untuk ‘menghidupkan’ semula semangat kerjasama antara UMNO dan PAS, barangkali untuk meregangkan hubungan antara PAS dan PPBM agar PPBM tidak akan ada sebarang jentera Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ada juga pihak yang cenderung ke arah PAS melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap UMNO, kononnya untuk meyakinkan UMNO bahawa Barisan Nasional akan dibelasah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 melainkan gabungan itu menjalinkan kerjasama dengan PAS atau PPBM.

Pihak ini sebenarnya terdesak kerana tahu, bahawa PAS akan terpaksa bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 menggunakan benderanya sendiri dan akan gagal mengembangkan sayapnya ke seluruh negara sepertimana yang dirancang.

Apa pun, ada sekumpulan pemimpin dari UMNO dan PPBM yang sedang merancang penubuhan sebuah perkumpulan baharu yang dijangka akan membawa perpecahan yang teramat besar buat UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

WAJIB BACA:

Tindak tanduk SPRM mencurigakan

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...