PAS, UMNO nafi kesahihan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15

Sejak semalam, tular dalam media sosial dokumen 13 muka surat menyenaraikan cadangan nama calon bagi kerusi Parlimen untuk PRU-15 membabitkan Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاس، امنو نافي كصحيحن سناراي چالون ڤيليهن راي عموم ك-15

PAS dan UMNO menafikan kaitan dengan senarai agihan kerusi kononnya membabitkan calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang tular sejak semalam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata senarai berkenaan tidak benar sama sekali.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata senarai berkenaan adalah palsu dan tidak berasas.

Katanya, ia hanyalah satu tindakan perang psikologi pihak tertentu yang mempunyai niat tidak baik bagi mencetuskan kesangsian dalam kalangan parti dalam kerajaan dan akar umbi.


KOTA BHARU: PAS dan UMNO menafikan kaitan dengan senarai agihan kerusi kononnya membabitkan calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang tular sejak semalam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata senarai berkenaan tidak benar sama sekali.




“Setakat ini jawatankuasa belum membincangkan isu pengagihan kerusi sebagaimana yang tular.

“Saya menafikan perkara (senarai) ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata senarai berkenaan adalah palsu dan tidak berasas.

Katanya, ia hanyalah satu tindakan perang psikologi pihak tertentu yang mempunyai niat tidak baik bagi mencetuskan kesangsian dalam kalangan parti dalam kerajaan dan akar umbi.

“Mana mungkin senarai calon sudah disiapkan sedangkan perundingan mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti juga belum bermula.

“Malah fokus UMNO khususnya ketika ini hanyalah hendak memastikan kerajaan sedia ada mampu dipertahankan bagi membolehkan segala usaha menjana semula ekonomi negara dan memperkasa kebajikan rakyat pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya ketika dihubungi.

Sejak semalam, tular dalam media sosial dokumen 13 muka surat menyenaraikan cadangan nama calon bagi kerusi Parlimen untuk PRU-15 membabitkan Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Loading...

Malah, turut ada dalam dokumen bertaip komputer itu ialah catatan mengenai cadangan untuk individu tertentu dilantik ke jawatan tertentu, khususnya mereka yang digugurkan.

Cadangan itu juga termasuk untuk jawatan menteri besar beberapa negeri dan menteri.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...