
ڤاس، امنو سڤاكت تولق چادڠن ذورايدا اداكن ڤيليهن راي تمڤتن
UMNO dan PAS sepakat hari ini menentang percubaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin bagi melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT).
Menurut laporan, Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam berkata, meskipun PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini, namun mereka membantah Pilihan Raya PBT yang dilihat menjadi titik permulaan kepada perpecahan kaum di negara ini.
Di sebelah UMNO pula, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan sebagai memberitahu Dewan Rakyat bahawa UMNO Selangor turut menolak sebrang percubaan dari pihak Zuraida bagi melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
“Saya nak tegaskan dalam dewan ini bahawa PAS dan Umno Selangor tolak pilihan raya (kerajaan) tempatan ini. Ini siapa punya manifesto. Ini manifesto PH, DAP ke siapa saya tidak tahu lah,” katanya semasa semasa perbahasan hari ini.”
PETALING JAYA: UMNO dan PAS sepakat hari ini menentang percubaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin bagi melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT).
Menurut laporan (Malaysiakini), Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam berkata, meskipun PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini, namun mereka membantah Pilihan Raya PBT yang dilihat menjadi titik permulaan kepada perpecahan kaum di negara ini.
“Pemuda PAS menegaskan bahawa jika ia dilaksanakan, kami tidak teragak-agak untuk menentangnya sekaligus memastikan usaha ini tidak akan dilaksanakan walaupun PAS adalah sebahagian daripada kerajaan pada hari ini.
“Kita yakin penentangan yang dilakukan oleh pemuda PAS adalah selari dengan apa yang telah ditetapkan di peringkat PAS Pusat untuk memastikan pilihan raya PBT ini bukanlah satu pilihan yang perlu didahulukan sehingga kita benar-benar yakin masalah jurang antara kaum sama ada daripada sudut ekonomi, gaya hidup dan sosial dapat ditangani dan usaha memupuk perpaduan yang lebih padu di Malaysia,” Khairil dilaporkan sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, Pemuda PAS yakin pihak kerajaan ada jalan lain untuk memastikan pengurusan pentadbiran di bandar lebih tersusun sekiranya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak dilaksanakan.
Katanya, dengan melihat sentimen dan respon rakyat terhadap kecekapan kerajaan Perikatan Nasional hari ini, PAS yakin pilihan raya PBT bukanlah agenda utama yang perlu didahulukan.
“Malah agenda memastikan rakyat terus berada dalam kehidupan yang lebih harmoni dan mempunyai kuasa dalam ekonomi adalah menjadi keutamaan yang perlu difikirkan oleh pihak kementerian.
“Maka dengan tegas pemuda PAS menolak penuh usaha untuk melaksanakan pilihan raya PBT ini,” katanya.
Di sebelah UMNO pula, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan sebagai memberitahu Dewan Rakyat bahawa UMNO Selangor turut menolak sebrang percubaan dari pihak Zuraida bagi melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
“Saya nak tegaskan dalam dewan ini bahawa PAS dan Umno Selangor tolak pilihan raya (kerajaan) tempatan ini.
“Ini siapa punya manifesto. Ini manifesto PH, DAP ke siapa saya tidak tahu lah,” katanya semasa semasa perbahasan hari ini.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
