PAS, UMNO tidak sepakat isu usul percaya terhadap Mahathir

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat. Sumber (gambar): Berita Harian

ڤاس، امنو تيدق سڤاكت ايسو اصول ڤرچاي ترهادڤ محضير

PAS mengulangi pendirian bahawa kesemua 18 Ahli Parlimen mereka akan mengundi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya usul percaya dikemukakan dalam persidangan Parlimen bulan hadapan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dalam mesyuarat Pas Pusat kelmarin, perkara itu telah dibincangkan dan Pas meneruskan pendirian menyokong Dr Mahathir sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berpandangan, kesemua Ahli Parlimen UMNO dijangka tidak akan memberikan walau satu undi percaya kepada Dr Mahathir mahupun Anwar.

“Lagipun, terma perjanjian peralihan kuasa PM antara parti PH juga tidak jelas dan perkara ini sebenarnya mewujudkan konflik pentadbiran dan ekonomi negara ketika ini,” jelas seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii.


SHAH ALAM: Pas mengulangi pendirian bahawa kesemua 18 Ahli Parlimen mereka akan mengundi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya usul percaya dikemukakan dalam persidangan Parlimen bulan hadapan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dalam mesyuarat Pas Pusat kelmarin, perkara itu telah dibincangkan dan Pas meneruskan pendirian menyokong Dr Mahathir sebagaimana dinyatakan sebelum ini.




Menurutnya, Pas sememangnya konsisten menyokong Dr Mahathir meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kelak.

“Pas juga senada dengan Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari menuntut Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan jumlah sokongan diterima di Dewan Rakyat sebaik bermulanya kembali persidangan Parlimen bulan hadapan.

“Jumlah sokongan terutama dalam kalangan Ahli Parlimen itu penting untuk menentukan sama ada peralihan kuasa perlu dilakukan atau sebaliknya, sudah lama ditekankan parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Idris berkata, sokongan dizahirkan Pas juga bagi melihat sama ada Dr Mahathir masih mempunyai sokongan dalam kalangan ahli Parlimen PH di Dewan Rakyat pada ketika ini.

Menurutnya, sekiranya masing-masing berasa ada kekuatan untuk menjadi Perdana Menteri, maka mereka perlu menzahirkannya menerusi perolehan majoriti undi percaya di persidangan Dewan Rakyat kelak.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak setia kepada Dr Mahathir, hal ini membuktikan kerajaan PH ‘cakap di luar lain, di dalam pun lain’.

“Setakat ini, pendirian Pas hanya sokong undi percaya kepada Dr Mahathir, tiada sentuh langsung mengenai perkara lain termasuk Pakatan Nasional,” katanya.

Loading...

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berpandangan, kesemua Ahli Parlimen UMNO dijangka tidak akan memberikan walau satu undi percaya kepada Dr Mahathir mahupun Anwar.

Beliau berpandangan sedemikian disebabkan UMNO tidak mahu mencampuri masalah dalaman PH.

“Kita mengetahui isu peralihan kuasa PM (Perdana Menteri) penting kerana melibatkan kestabilan politik dan ekonomi negara, bagaimanapun kerajaan PH ini ibarat kerajaan ‘kong kali kong’. Semua pihak termasuk rakyat pun sudah kena ‘kencing’.

“Kali ini biar mereka ‘kencing’ sesama sendiri. UMNO tidak akan campur tangan kerana fokus kami hanyalah untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii menyifatkan polemik peralihan kuasa Perdana Menteri yang berpanjangan boleh memusnahkan ekonomi negara.

Beliau berpandangan, pemimpin dalam kerajaan PH seeloknya tidak memilih antara Dr Mahathir dan Anwar, sebaliknya memberi peluang kepada Perdana Menteri ketujuh itu menghabiskan penggal pentadbiran kerajaan.

“Masalah dalaman PKR susulan pertengkaran kem (Timbalan Presiden PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anwar adalah sangat jelas dengan situasi itu meletakkan Anwar dalam ‘mood’ kehilangan kepercayaan dalam kalangan ahli parti itu sendiri.

“Lagipun, terma perjanjian peralihan kuasa PM antara parti PH juga tidak jelas dan perkara ini sebenarnya mewujudkan konflik pentadbiran dan ekonomi negara ketika ini,” katanya.

Razlan berkata, Malaysia kini berdepan masalah kehilangan pelabur yang serius disebabkan kerajaan PH tidak pandai menjaga polemik ciptaan mereka sendiri iaitu tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Minggu lepas, saya ada menulis surat merayu baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan menyelesaikan polemik jawatan PM.

“Sekiranya permasalahan itu gagal mencapai penyelesaian, kalau perlu bubar Parlimen, maka bubarlah.

“Rakyat tidak perlu terpalit dengan polemik yang amat merugikan negara ini kerana masih terdapat banyak masalah mereka yang gagal diselesaikan kerajaan PH,” katanya.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.

Menurutnya, jika seorang calon itu daripada parti yang memiliki majoriti tetapi dia sendiri tidak mendapat sokongan majoriti, maka dia tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari menggesa Dr Mahathir dan Anwar perlu mengisytihar jumlah sokongan yang diterima untuk menentukan sama ada peralihan kuasa perlu dilakukan atau sebaliknya.

Menurut Abdul Aziz, jumlah sokongan terutama dalam kalangan Ahli Parlimen itu penting untuk menamatkan isu berkaitan peralihan kuasa tersebut.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...