Pasukan khas gagal sediakan laporan pada tarikh ditetapkan, Haniff pertikai alasan kerajaan

Haniff mempertikai punca kelewatan yang diberikan oleh Wan Junaidi. Sumber (gambar): TTF

ڤاسوكن خاص ڬاڬل سدياكن لاڤورن ڤد تاريخ دتتڤكن، حنيفف ڤرتيكاي السن كراجأن

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mempertikai tindakan kerajaan memberikan lebih masa kepada pasukan khas yang menyiasat kematian anggota bomba Adib Mohd Kassin, kes Pulau Batu Puteh, serta dakwaan yang dibuat oleh bekas peguam negara Tommy Thomas dalam memoir beliau.

Sebelum ini, Haniff pernah membangkitkan isu berkaitan latarbelakang, penubuhan, kesan dan kedudukan terkini ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan, yang menurutnya, telah diberikan tempoh asal enam bulan sehingga 29hb April 2022 untuk menyelesaikan tugasan dan menyediakan laporan muktamad.

“Kenapa rakyat tidak dimaklumkan tentang permintaan lanjutan masa oleh ketiga-tiga jawatankuasa yang berasingan ini, sebelum tamatnya tempoh asal diberi yang tamat pada 29 April 2022?”

“Sekiranya alasan-alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan untuk memohon tempoh empat bulan adalah sama, maka ianya menimbulkan keraguan munasabah samada alasan-alasan itu adalah betul ataupun tidak, sebab ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan adalah untuk matlamat dan perrkara yang berbedza.”


PETALING JAYA: Mohamed Haniff Khatri Abdulla mempertikai tindakan kerajaan memberikan lebih masa kepada pasukan khas yang menyiasat kematian anggota bomba Adib Mohd Kassin, kes Pulau Batu Puteh, serta dakwaan yang dibuat oleh bekas peguam negara Tommy Thomas dalam memoir beliau.

Sebelum ini, Haniff pernah membangkitkan isu berkaitan latarbelakang, penubuhan, kesan dan kedudukan terkini ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan, yang menurutnya, telah diberikan tempoh asal enam bulan sehingga 29hb April 2022 untuk menyelesaikan tugasan dan menyediakan laporan muktamad.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Namun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tempoh lanjut diperlukan bagi kerja penterjemahan berikutan ada laporan ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Kita akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kepakaran menterjemah dalam pelbagai bidang, demi memastikan tiada kesalahan yang berlaku apabila penterjemahan selesai dilaksanakan,” katanya.

TONTON: JANGAN MAKAN GAJI BUTA

Wan Junaidi turut berkata, laporan terbabit memerlukan sedikit masa berikutan pihak jawatankuasa siasatan juga berdepan masalah saksi dan perolehan dokumen.

“Kita juga menggunakan semua kepakaran di dalam dan luar negara. Sebagai contoh bagi siasatan kes Pulau Batu Puteh, kita ada menggunakan khidmat pakar dari The Hague, Belanda, dan England. Kita sepatutnya boleh mendapat laporan menjelang Ogos depan,” katanya.”

Bagaimanapun, Haniff mempertikai punca kelewatan yang diberikan oleh Wan Junaidi.

“Kenapa rakyat tidak dimaklumkan tentang permintaan lanjutan masa oleh ketiga-tiga jawatankuasa yang berasingan ini, sebelum tamatnya tempoh asal diberi yang tamat pada 29 April 2022?”

“Sekiranya alasan-alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan untuk memohon tempoh empat bulan adalah sama, maka ianya menimbulkan keraguan munasabah samada alasan-alasan itu adalah betul ataupun tidak, sebab ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan adalah untuk matlamat dan perrkara yang berbedza.

Loading...

“Adakah kerajaan sebenar-benarnya yakin bahawa ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan akan dapat selesaikan tugasan dan sediakan laporan muktamad pada atau sebelum tanatnya bulan Ogos 2022, atau adakah ianya akan menjadi satu rantaian lanjutan yang berpanjangan, sedangkan ketiga-tiga Jawatankuasa berkenaan tidak langsung mempunyai kesan keperlembagaan mahupun perundangan sama sekali ?”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...