
ڤاسوكن نجيب ماهو ديبت انور-نجيب سلڤس عيدالفطري، دعوا ڤقر
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak belum menetapkan masa dan tarikh debat berhubung isu Sapura Energy Berhad (SEB).
Penyelaras debat bagi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kedua-dua pihak mempunyai pandangan berbeza mengenai tarikh bila debat itu perlu diadakan.
“Anwar dah sedia lakukannya sebelum ini lagi, tapi pasukan Najib nak ia diadakan beberapa hari selepas Hari Raya. Saya rasa orang ramai nak lihat perdebatan itu tak lama lagi,” katanya.
Fahmi turut dilaporkan berkata, kedua-dua penyelaras akan bertemu esok bagi membincangkan perkara itu.
PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak belum menetapkan masa dan tarikh debat berhubung isu Sapura Energy Berhad (SEB).
Penyelaras debat bagi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kedua-dua pihak mempunyai pandangan berbeza mengenai tarikh bila debat itu perlu diadakan.
“Anwar dah sedia lakukannya sebelum ini lagi, tapi pasukan Najib nak ia diadakan beberapa hari selepas Hari Raya. Saya rasa orang ramai nak lihat perdebatan itu tak lama lagi,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Fahmi turut dilaporkan berkata, kedua-dua penyelaras akan bertemu esok bagi membincangkan perkara itu.
Beliau yang juga pengarah komunikasi PKR berkata, selain masa dan tarikh, antara perkara lain akan dibincangkan termasuk rakan media dan moderator.
TONTON: MENGEJUTKAN – CABAR RAJA BERPERLEMBAGAAN?
Sebelum ini, Anwar menyatakan kesediaannya berdepan dan berdebat dengan Najib mengenai isu kewangan SEB yang merupakan syarikat perkhidmatan pelantar minyak bersepadu Malaysia.
Kenyataan itu dibuat selepas Najib dilaporkan berkata, beliau bersedia menerima cabaran debat daripada Rafizi Ramli namun ia perlu turut melibatkan Anwar selaku presiden PKR.
Najib turut meminta pasukan Anwar serta Rafizi mengaturkan dengan media jika berhasrat mahu diadakan secara langsung.
Ahli Parlimen Pekan itu juga mencadangkan supaya Anwar menghubungi pembantunya untuk mencari tarikh terdekat yang sesuai.
“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. ‘Let’s rock’,” kata Najib.
Sumber:
WAJIB TONTON:
